Zeys kata Team SMG import pemain Filipina, Hate

Jurulatih EVOS Legends, Zeys bagi bayangan pemain Filipina iaitu Hate akan bermain di pasukan Team SMG untuk Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesepuluh.

Dalam satu catatan pada 9 Julai, Zeys mengatakan Hate adalah pemain Filipina pertama ke Malaysia. Hate adalah bekas pemain ONIC PH yang mana ramai pemainnya sudah berpecah dan ada yang menyertai skuad Indonesia.

Semestinya kenyataan Zeys ini adalah khabar angin kerana ia bukan datang daripada jurulatih atau pihak pengurusan Team SMG sendiri.

Namun, laporan dari Spin.ph mengatakan ada sumber yang memberitahu Hate sudah menandatangani kontrak dan kini di Malaysia (mengikut nama negara dikunjungi tertera di bagasi).

RELATED NEWS

+