Zuxxy dan Luxxy dilaporkan ‘burnout, mungkin akan diganti pemain baru

Selepas sekian lama bertanding di peringkat dunia dan usaha memenuhi jangkaan peminat, akhirnya kembar Zuxxy dan Luxxy dari Bigetron RA difahamkan mengalami burnout.

Penjelasan itu boleh ditonton dalam satu video di saluran Bigetron TV yang mana jurulatih baharu mereka, La Flame memberi bayangan jelas akan situasi itu.

Malah, pembubaran skuad ION yang mana pemain-pemainnya dipercayai akan menyertai Bigetron Esports dan mungkin menggantikan posisi kembar ini.

Dalam video itu juga menguatkan lagi yang ‘alien’ baru ini adalah pemain Indonesia kesemuanya.

Nantikan pengumuman terbaru tak lama lagi.

Siapakah pemain baru itu yang akan membawa kembali kegemilangan BTR RA di PMPL ID musim luruh nanti? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+