Ini masa depan e-sukan PUBG Mobile

PUBG Mobile adalah salah satu e-sukan yang terbesar di dunia dengan jumlah tontonan setinggi 3.8 juta penonton pada kejohanan PUBG Mobile tahun 2020 dan jumlah itu makin membesar pada tahun lepas.

Jelas sekali, PUBG Mobile bukanlah permainan e-sukan dingin tetapi ia sebuah permainan yang diraikan ramai.

PUBG Corporation kini mengumumkan perubahan signifikan terhadap ekosistem e-sukan PUBG Mobile pada tahun ini.

Perubahan termasuk wajah baharu untuk PUBG Mobile Pro League, rantau-rantau baharu dalam PUBG Mobile Club Open, serta perubahan kepada PUBG Mobile National Championship (PMNC).

PUBG Mobile Pro League

Perubahan pertama berkenaan dengan PUBG Mobile Pro League (PMPL). Liga PUBG Mobile terbesar ini akan menggunakan format baharu dan menukar format penyingkiran bermusim sedia ada kepada kitaran satu tahun.

PMPL juga akan melihat perubahan di wilayah tertentu, terutamanya EMEA dan MENA & SA.

Wilayah ini kini akan dikelaskan sebagai Eropah, Asia Selatan dan Timur Tengah & Afrika.

Akhir sekali, PUBG Mobile akan memperkenalkan dua wilayah baharu kepada PMPL: PMPL Afrika dan PMPL Pakistan.

PUBG Mobile Club Open

PUBG Mobile Club Open (PMCO) juga akan distruktur semula. Kejohanan itu akan beralih ke peringkat amatur dan separa pro serantau dengan kejohanan baharu berlangsung di Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Asia.

Pasukan PMCO tidak lagi layak terus ke PMPL, sebaliknya akan bersaing melalui piala PMNC dan PMNC Regional dengan peluang untuk mencapai PMPL pada 2023.

Perubahan-perubahan ini dilakukan agar pasukan amatur dan separa pro mampu bersaing sekali dalam kejohanan rasmi PUBG Mobile.

Menurut Pengarah PUBG Mobile, James Yang, perubahan dibuat untuk memperkasakan wilayah dan membenarkan lebih ramai pesaing untuk menyertai PMPL.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+