Ajak kawan-kawan anda main Among Us! Permainan percuma yang huru-hara

Dua tahun lepas, studio Innersloth melancarkan permainan multi-pemain mereka Among Us di PC, Android, dan iOS. Malangnya, ia tidak mendapat perhatian ramai orang. Walaubagaimana, ia telah membuat satu comeback pada tahun ini.

 

Tiba-tiba menjadi trending

Shroud bermain Among Us.

Bermula dari bulan lepas, Among Us menjadi satu permainan viral atau trending apabila ramai streamer antarabangsa seperti xQc, DrLupo, dan Shroud mula bermain permainan tersebut.

Kini ia mempunyai lebih daripada 400,000 pengikut di Twitch dan bilangan tertinggi pemain serentak di Steam (setakat ini) berjumlah lebih daripada 117,000 pemain menurut SteamDB.

 

Macam Werewolf tapi di angkasa lepas

Among Us ini sebenarnya permainan multi-pemain yang mempunyai elemen utama yang lebih kurang sama dengan permainan Werewolf. Sekumpulan pemain perlu mencari beberapa orang pemain lain yang berperanan sebagai pembunuh.

Apa yang unik tentang permainan ini ialah semua pemain hanya boleh berbincang apabila mengadakan perjumpaan. Pada waktu lain, semua orang tidak dibenarkan berkomunikasi.

Pemain-pemain yang menjadi pembunuh diberi gelaran Impostor dan tugasannya ialah untuk membunuh semua pemain lain sebelum mereka menyiapkan tugas masing-masing dalam kapal angkasa.

Pemain-pemain lain boleh menang dengan dua cara iaitu menyiapkan semua tugasan atau mengenal pasti dan membuang Impostor keluar dari angkasa lepas.

Hos yang memulakan permainan boleh mengubah pelbagai tetapan seperti masa yang diambil untuk membuat undian, berapa kali perjumpaan boleh diadakan, dan macam-macam lagi.

 

Android, iOS, dan PC semua boleh bermain bersama-sama!

Kalau anda dan rakan-rakan anda bermain di PC, Among Us boleh dibeli di Steam pada harga RM12.50. Penulis mencadangkan anda bermain di telefon pintar kerana Among Us boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Macam mana pula jika ada sesetengah rakan anda ingin bermain di PC dan yang lain pula ingin main di peranti mudah alih? Tiada masalah, Among Us menyokong permainan rentas platform! Semua orang boleh bermain bersama-sama.

Setiap pusingan Among Us memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang pemain dan paling banyak boleh memuatkan 10 orang pemain.

Salah satu mini-permainan untuk menyiapkan tugasan kapal angkasa.

Apa tunggu lagi? Jom ajak kawan-kawan anda main Among Us!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+