Animal Crossing Baru Diumumkan Untuk Nintendo Switch

Animal Crossing baru bakal menuju ke Nintendo Switch. Ya, kami tak tipu. Ini betul-betul berlaku.

Sebelum berakhirnya pembentangan Nintendo Direct, Nintendo menonjolkan setiausaha Datuk Bandar, Isabelle dari Animal Crossing: New Leaf, iaitu seekor anjing yang membantu pemain sebagai Datuk Bandar menguruskan bandar dipenuhi dengan pelbagai jenis haiwan.

Ketika Isabelle sedang mengemas pejabat Datuk Bandar, dia terfikir sejenak, “mungkin saya yang patut jadi Datuk Bandar” buat seketika. Tak lama daripada itu, dia mendapat sepucuk surat yang mengumumkan bahawa dia akan menyertai Super Smash Bros. Ultimate yang akan keluar pada 7 Disember 2018.

Super Smash Bros. Ultimate merupakan sebuah game perlawanan yang membariskan karakter-karakter terkenal dari siri keluaran Nintendo seperti Mario, Link, Pikachu dan juga karakter game lain seperti Snake dari Metal Gear Solid.

Namun, Nintendo terus mengacah kami. Nintendo Direct tidak berakhir di situ malah pembentangan menunjukkan seekor rakun taiko hartanah, Tom Nook sedang sibuk bekerja sehingga ke lewat malam untuk satu persiapan besar.

Rupa-rupanya itu adalah satu game utama Animal Crossing bakal keluar ke Nintendo Switch pada tahun hadapan!

Isabelle dan Tom Nook

Kali terakhir game utama Animal Crossing dikeluarkan adalah Animal Crossing: New Leaf untuk Nintendo 3DS pada 2012. Kemudian,  Animal Crossing: Pocket Camp juga turut dikeluarkan untuk Android and iOS pada tahun lepas tetapi game mobile itu tidak tersedia di Malaysia.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+