‘Berkorban’ sambutan Hari Raya, atlet e-sukan ini wakili negara di PES 2020 Asia Regional Finals
2020-05-23T15:19:50
By: Hazril Md Nor

‘Berkorban’ sambutan Hari Raya, atlet e-sukan ini wakili negara di PES 2020 Asia Regional Finals

 

Walaupun tidak dapat menyambut 1 Syawal bersama keluarga di kampung, seorang atlet e-sukan eFootball PES 2020 nekad untuk membawa harapan negara di peringkat Asia.

Buktinya, Ahmad Yazid Abdul Rahman bersama dua lagi rakan senegara, Muazz Ahmad (Arsenal) dan Steve Wong Teck Hau (Manchester United) akan bertanding esok untuk Final kejohanan KONAMI eFootball PES 2020 peringkat Asia.

Pada mulanya, mereka dijadualkan ke Tokyo, Jepun untuk perlawanan offline namun ia diadakan secara dalam talian berikutan wabak COVID-19.

Kata Yazid, cabaran utama esok adalah berlawan pemain-pemain lagi hebat yang merupakan pemain game sepenuh masa.

“Macam saya, ada pekerjaan tetap dan bisnes. Malah, sudah punya dua orang anak dan isteri untuk jaga. Masa untuk main game sangat terhad.

“Jadi pada jam 12 malam dan ke atas, saya akan main PES 2020. Masa tidur memang terhad tapi saya sanggup berlatih, sampailah ke tahap sekarang ini,” katanya yang akan bermain mewakili kelab Juventus.

[HD Version][eFootball.Open PES2020].This coming weekend, three (3) of Malaysian PES players will be competing…

Posted by PES Malaysia on Tuesday, 19 May 2020

Kata Yazid, pemain luar juga mempunyai gaya permainan yang sukar diramal.

“Cara permainan memang tak sama dan sukar nak jangka. Tapi saya ada juga melihat cara mereka bermain.

“Malah, dari segi latihan saya biasa main dalam talian bersama pemain luar negara untuk lebih bersedia dalam regional finals ini,” katanya yang sudah berbulan-bulan bermain melepasi pusingan kelayakan.

Menurut Yazid, kali terakhir dia berentap di pentas Asia pada 2016.

“Ketika itu, saya jadi kapten untuk pasukan Malaysia. Namun selepas kejohanan tersebut, saya banyak luang masa jadi admin untuk PES Malaysia dan tuntutan kerja yang membuatkan saya sangat sibuk.

“Sekarang ini, ada masa sikit, saya ambil peluang untuk ‘masuk balik’ dalam arena. Setakat ini, tiada lagi pemain Malaysia pernah sampai ke peringkat dunia, jadi saya berharap kami dapat layak buat pertama kali,” katanya.

Foto: PES Malaysia

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Pembentangan digital Devolver Direct akan berlangsung pada 12 Julai
3 days ago
Pelancaran Crysis Remastered ditangguh
4 days ago
Paul “Redeye” Chaloner sah bersara daripada e-sukan
4 days ago
Selamat tinggal FIFA Online 3..
4 days ago
Tonton trailer baharu permainan pertarungan Sword Art Online: Alicization Lycoris
5 days ago
Monster Hunter World: Iceborne Title Update 4 akan dilancarkan pada 9 Julai