Akhirnya selepas 4 bulan, Konami mengeluarkan banlist pertama Yu-Gi-Oh! Master Duel.
Seperti biasa Yu-Gi-Oh! akan mengeluarkan satu banlist untuk menjadikan meta sentiasa baru dan berubah-ubah serta tidak ‘basi’.
Bagi yang baru dalam Yu-Gi-Oh!, Konami akan membahagikan senarai ini ke dalam empat kategori iaitu Forbidden, Limited, Semi-Limited dan Unlimited.
Forbidden kad tidak akan boleh digunakan terus, Limited mengehadkan kepada satu kad sahaja di dalam dek dan Semi-Limited mengehadkan kepada dua kad sahaja di dalam satu dek.
Akan ada beberapa kad juga yang akan menjadi Unlimited dan boleh digunakan sepenuhnya iaitu tiga keping untuk satu dek.
Kad-kad yang dikenakan banlist juga boleh kini boleh dismantle untuk 20 mata tidak mengira rarity kad.
Terdapat 12 kad yang disenarai oleh Konami dan jom lihat sebabnya kad-kad ini dikenakan banlist.
Nampaknya Konami mengenakan banlist ini untuk mengurangkan konsistensi beberapa dek-dek meta.
Dari sebaliknya mengharamkan kad yang sepatutnya dikenakan forbidden, Konami mengehadkan kad-kad kombo untuk mengeluarkan kad-kad kuat.
1. Cyber Angel Benten (Limited)
Seperti biasa dek Drytron menjadi antara meta yang paling tidak disukai ramai pemain.
Cyber Angel Benten menjadi untuk mengurangkan konsistensi Drytron namun kad seperti Eva masih wujud dan hasilnya tidak memberi apa-apa masalah langsung kepada dek Drytron.
2. Conquistador of the Golden Land (Limited)
Dek Eldlich merupakan beberapa dek yang juga meta dan tidak disukai oleh ramai pemain.
Dari sebaliknya mengehadkan Eldlixir of Scarlet Sanguine, Konami sebaliknya mengehadkan Conquistador.
Sedikit unik dan sudah pasti akan mengurangkan sedikit interaksi apabila anda berlawan di dalam duel yang lama.
Masalah sebenar dek Eldlich adalah Imperial Order dan Skill Drain.
3. D.D. Dynamite (Semi-Limited)
Masalah bot mungkin akan berkurang disebabkan ini.
D.D. Dynamite digunakan oleh bot untuk mengalahkan anda dalam 2 giliran dan dengan dihadkan ke 2 kad sahaja, berkemungkinan bot-bot akan berkurangngan atau lenyap terus.
4. Sekka’s Light (Semi-Limited)
Mengurangkan konsistensi untuk dek Adamancipator yang boleh dikatakan antara dek meta sekarang ini.
Kad ini mendapat penggunaan kerap kerana menambah konsistensi dek Adamancipator dan sangat mudah untuk digunakan oleh dek Adamancipator.
5. Fusion Destiny (Semi-Limited)
Fusion Destiny tidak memberi apa-apa impak setakat ini.
Fusion Destiny dikenakan semi-limited bermakna kad akan datang nanti yang akan mengubah meta mesti akan dimasukkan seperti Destiny HERO – Destroyer Phoenix Enforcer.
6. The Phantom Knights of Torn Scales (Semi-Limited)
Tiada masalah walaupun hanya dua keping sahaja kad ini masih bagus untuk digunakan.
Kad ini sepatutnya tidak dikenakan ke dalam banlist dan sebaliknya Konami patut mengharamkan Number 86: Heroic Champion – Rhongomyniad.
7. Tri-Brigade Fraktall (Semi-Limited)
Tri-Brigade merupakan dek meta di dalam YGO Master Duel.
Konami tidak mengehadkan kad seperti Tri-Brigade Revolt, Tri-Brigade Nervall dan Fire Formation – Tenki.
Jika kad-kad di atas tidak disentuh, jadi Tri-Brigade Fraktall menjadi dua seolah-olah tidak bermakna apa-apa.
Dek Tri-Brigade masih kuat seperti biasa.
8. Virtual World Roshi – Laolao (Semi-limited)
Laolao dikenakan ke Semi-Limited untuk mengurangkan konsistendi Dek Virtual World yang sentiasa menggunakan True King of All Calamities antara kad paling toksik pernah wujud dalam Yu-Gi-Oh!.
9. Lyrilusc – Cobalt Sparrow (Semi-Limited)
Lyrilusc menjadi kad enjin untuk dek gabungan Tri-Brigade Lyrilusc untuk mengurangkan konsitensi Cobalt Sparrow semi-limited.
10. Prank-Kids Rocksies (Semi-Limited)
Antara banlist paling pelik kali ini, Rocksies menjadi support yang baik untuk Adamancipator jadi berkemungkinan Konami mahu mengurangkan kekuatan dek Adamancipator.
11. Adamancipator Analyzer (Semi-Limited)
Mengurangkan lagi konsistensi untuk dek Adamancipator.
Dan masalah sebenar untuk Adamancipator adalah Block Dragon dan Union Carrier bersama Dragon Buster Destruction Sword.
12. Red-Eyes Darkness Metal Dragon (Unlimited)
Kad ini kuat pada satu masa dahulu dan akhirnya sudah tidak relevan lagi untuk dibiarkan Semi-Limited setelah pembetulan efeknya.
Ini adalah sebenarnya buff untuk beberapa dek Dragon.
Kad-Kad yang sepatutnya Forbidden (Diharamkan)
1.True King of All Calamities (V.F.D.)
V.F.D adalah antara kad paling toksik dalam Yu-Gi-Oh!.
Kad ini tidak akan membenarkan anda untuk mengaktifkan apa-apa efek kad monster di dalam field.
Selalunya kad ini akan menjadi masalah untuk anda dalam 2-3 giliran dan sudah cukup untuk musuh mengalahkan anda dengan mudah apabila anda tidak boleh membuat apa-apa.
2. Number 86: Heroic Champion – RhongoMyniad
Walaupun susah untuk dikeluarkan kad ini masih menjadi sangat toksik.
Apa yang Rhongo buat adalah untuk membuatkan anda tidak dapat bermain Yu-Gi-Oh! apatah lagi untuk berlawan dengan musuh.
3. Block Dragon
Punca sebenar dek Adamancipator menjadi sangat kuat.
Block Dragon sangat mudah untuk digunakan di dalam dek tersebut dan sangat mudah di ambil kesempatan untuk memberi kelebihan tidak disangka terhadap musuh.
4. Eva
Tampak tidak kuat tetapi disebabkan kad ini Drytron dengan kombo Herald of Ultimateness menyusahkan hidup anda dan menyukarkan anda untuk berlawan dengan dek Drytron.
Herald of Ultimateness memerlukan satu kad jenis Fairy untuk menghalang musuh tetapi Eva memberi anda dua kad Fairy ke tangan dan secara tidak langsung menjadikan Herald of Ultimateness boleh menghalang pelbagai jenis permainan anda sebagai pihak lawan.
Ramai pemain-pemain Yu-Gi-Oh! Master Duel tidak berpuas hati dengan tindakan Konami.
Kad apa lagi yang anda rasa patut diharamkan di dalam Yu-Gi-Oh! Master Duel.
Banlist ini akan datang bermula 9 Mei 2022 ini.
Adakah tindakan Konami ini betul?