Bosskurr Gaming Memulakan Pencarian Penggiat E-Sukan Dalam Kalangan Wanita

Nampaknya organisasi e-sukan tanah air, Bosskurr Gaming makin rancak meluaskan empayar mereka!

Terbaru, mereka mencari penggiat e-sukan wanita yang berminat untuk meneroka bidang penstriman langsung, pengurusan dan juga hiburan. Berita ini diumumkan di page Facebook rasmi mereka.

Menurut kenyataan di atas, mereka akan menjalankan sesi ujibakat dalam masa terdekat dan paling menarik apabila gadis-gadis berbakat ini akan turut dilatih oleh Fredo, Soloz dan Penjahat untuk bertanding dalam kejohanan e-sukan ataupun dalam bidang penstriman langsung dan pengurusan.

Bosskurr Gaming mengorak langkah ini bagi menunjukkan karier e-sukan terbuka kepada semua jantina dan di sebalik main game, mereka boleh belajar tentang aspek lain dalam e-sukan bagi memahami lebih lanjut tentang industri berkembang pesat ini.

Gambar featured image: Team Bosskurr FB Page

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: Facebook

RELATED NEWS

+