Sebulan telah berlalu sejak pelancaran Cyberpunk 2077 dan permainan tersebut telah menghadapi pelbagai kontroversi. Baru-baru ini CD Projekt Red (CDPR) mengeluarkan video untuk meminta maaf kepada para peminat yang kurang berpuas hati.
Marcin Iwiński, salah seorang pengasas bersama CDPR, menampilkan dirinya untuk memberi ucapan dalam video ini. Selain daripada meminta maaf terhadap pembeli Cyberpunk 2077 versi konsol, beliau juga menerangkan hala tuju permainan tersebut untuk tahun ini.
Dear gamers,
Below, you’ll find CD PROJEKT’s co-founder’s personal explanation of what the days leading up to the launch of Cyberpunk 2077 looked like, sharing the studio’s perspective on what happened with the game on old-generation consoles. pic.twitter.com/XjdCKizewq— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) January 13, 2021
Kemas kini permainan tersebut untuk PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series dijadualkan untuk dilancarkan pada separuh kedua tahun ini. Pemilik versi PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One akan menerima kemas kini ini secara percuma.
Gambar rajah yang dikongsi oleh CDPR juga menunjukkan bahawa kandungan tambahan (DLC) percuma akan dilancarkan selepas patch 1.2. CDPR merancang untuk melancarkan patch 1.2 pada bulan Februari tahun ini.
Pada waktu ini, Cyberpunk 2077 masih belum kembali dijual di PlayStation Store. Marcin menyatakan pasukannya sedang bekerjasama dengan Sony dan berusaha memperbaiki Cyberpunk 2077 agar ia dapat dimasukkan semula ke platform digital tersebut.
Sumber: CD Projekt Red
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.