Empat juta unit The Last of Us Part II dijual dalam masa tiga hari selepas pelancaran
2020-06-29T06:48:18
By: Burhanudin Zamri

Empat juta unit The Last of Us Part II dijual dalam masa tiga hari selepas pelancaran

 

Sony Interactive Entertainment dan Naughty Dog telah mengumumkan bahawa jualan The Last of Us Part II telah mencecah lebih daripada empat juta unit hanya dalam masa tiga hari selepas judul tersebut dilancarkan.

Ini telah menjadikan The Last of Us Part II permainan video PlayStation 4 (PS4) eksklusif pihak pertama (first party) paling laris dalam sejarah konsol tersebut.

Pencapaian ini membuktikan pelbagai maklumat yang tertiris mengenai judul tersebut tidak memberi kesan terhadap keterujaan peminatnya. Ramai orang juga menyatakan mereka sangat kagum dengan kualiti grafik dan jalan cerita The Last of Us Part II.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Pembentangan digital Devolver Direct akan berlangsung pada 12 Julai
3 days ago
Pelancaran Crysis Remastered ditangguh
3 days ago
Worms Rumble akan dilancarkan di PC, PS4, dan PS5 pada hujung tahun ini
4 days ago
Bandai Namco akan mengadakan pembentangan Play Anime Live pada 23 Julai
4 days ago
Paul “Redeye” Chaloner sah bersara daripada e-sukan
4 days ago
Selamat tinggal FIFA Online 3..