EVOS Legends juara MPL ID musim ketujuh!
2021-05-02T14:43:11
By: Editorial team

EVOS Legends juara MPL ID musim ketujuh!

 

Pertarungan sengit antara pasukan BTR dan EVOS Legends akhirnya mencapai kemuncaknya. Setelah mengalami kekalahan di upper bracket final, Sang Macan Putih kembali bangkit untuk menjadi juara MPL Indonesia musim ketujuh!

PERLAWANAN KEDUA

Setelah mengalami kekalahan pada perlawanan pertama, pasukan EVOS Legends kembali dengan semangat baru pada perlawanan kedua. Mereka memberikan ruang untuk Ferxiic menggunakan hero kegemarannya iaitu Ling. 

Kita sudah sedia maklum apabila Ferxiic menggunakan Ling, pastinya pihak lawan akan tumbang dengan rotasi yang dilakukan oleh beliau, dibantu lagi dengan duo Rekt dan juga Luminaire menyebabkan pasukan BTR bingung untuk bertahan.

Split pushing yang dilakukan oleh Antimage juga memberikan impak yang besar di dalam perlawanan kali ini. Kadar farming beliau melebihi jungler BTR iaitu Branz yang menggunakan Harley. Nampaknya percaturan BTR kali ini tidak begitu berkesan dengan Kyy menggunakan Khufra.

Permainan yang ditonjolkan oleh Clover di saat akhir pada minit ke 18 dengan menggunakan Detona’s Welcome terhadap Kyy memberikan kunci kemenangan pada perlawanan kedua ini. Pergerakan pasukan BTR sekaligus terhenti dan menyebabkan mereka kekurangan satu tanker untuk menahan damage yang dikeluarkan oleh Antimage dan juga Ferxiic.

PERLAWANAN KEEMPAT

Kedua-dua pasukan dilihat sangat agresif antara satu sama lain kali ini, lineup yang digunakan oleh EVOS Legends memberikan mereka kelebihan di peringkat late game.

EVOS Legends mengalami kesukaran untuk mengawal peta di awal permainan, mereka sering tumbang dengan rotasi yang dilakukan oleh Renbo dan juga Kyy. 

Selain itu, Matt juga bermain dengan begitu baik sekali menggunakan Lapu-lapu, boleh dikatakan beliau tidak berundur ketika diasak oleh pemain EVOS Legends. Pada minit ke 15, beliau merupakan hero yang invisible dan tidak boleh ditumbangkan dengan apa cara sekalipun.

Akan tetapi, EVOS Legends mula mendapat rentak di minit akhir permainan, Alice yang digunakan oleh Antimage terlalu tanky untuk BTR uruskan. Di samping itu, Barats yang digunakan oleh Clover juga mampu untuk menadah begitu banyak damage dari Branz dan Matt lalu menyebabkan BTR tidak dapat untuk memaksakan serangan mereka ke atas backline pasukan EVOS iaitu Ferxiic dan Luminaire.

Pasukan BTR akhirnya kecundang pada minit ke 17 setelah Branz dan Renbo ditumbangkan oleh Antimage. Kyy yang cuba melarikan diri telah dikejar oleh pasukan EVOS lalu meninggalkan Matt dan Rippo untuk mempertahankan base mereka. Matt dan Rippo yang ketandusan idea akhirnya tewas dan memberikan kemenangan kepada pasukan EVOS Legends.

PERLAWANAN KELIMA

EVOS Legends mempunyai peluang yang cerah apabila Clover dapat menggunakan Harith yang ternyata memberikan mereka banyak kemenangan sebelum ini.

Mereka mendapat kelebihan di awal permainan dengan rotasi yang begitu baik dari Luminaire dan juga Rekt. 

EVOS Legends menggunakan peluang itu untuk mendapatkan turtle dan juga Lord di saat akhir permainan untuk menghentikan pasukan BTR dari terus farming.

Zaman Force yang digunakan oleh Clover terlalu tinggi damagenya untuk BTR tanggung, seterusnya EVOS Legends memperolehi kemenangan seawal minit ke 12.

PERLAWANAN KEENAM

BTR tidak menyangka ini akan menjadi perlawanan mereka yang terakhir di MPL Indonesia musim ketujuh, EVOS Legends menukar drafting mereka dengan memberikan Ferxiic menggunakan Brody. Selain itu, trump card EVOS Legends iaitu Estes juga banyak membantu mereka untuk menjadi juara bagi musim kali ini.

Pada minit awal permainan, EVOS Legends telah mengawal peta bagi memberikan ruang untuk Ferxiic mengambil turtle yang pertama. Ia diambil mudah tanpa sebarang ganggguan dari pasukan BTR. Ferxiic dibantu oleh Luminaire setiap kali melakukan rotasi.

EVOS Legends sudah mula snowball perlawanan kali ini di minit ke 9, mereka mengambil orange buff dan purple buff untuk melemahkan Granger yang dimainkan oleh Branz. Clover yang menggunakan Harith juga diberikan purple buff dari jungle milik pasukan BTR. Kekuatan firepower EVOS Legends terlalu kuat dengan purple buff yang dimiliki Clover.

EVOS Legends berjaya mendapatkan Lord pada minit ke 9 seterusnya pushing bersama Lord berjaya memberikan pasukan itu menembusi pertahanan BTR yang kian lemah dengan perbezaan gold begitu banyak oleh kedua pasukan. Seterusnya, EVOS Legends menamatkan perlawanan dengan penuh bergaya lalu menjadi juara MPL Indonesia musim ketujuh.

Ternyata kemasukan Ferxiic di dalam pasukan memberikan mereka semangat baru yang dicari selama ini, pada saat awal perlawanan di regular season, pasukan ini tidak begitu serasi dengan jungler mereka sebelum ini iaitu Wann. Bocah ajaib Ferxiic berjaya melengkapkan pasukan itu seterusnya berjaya mendapatkan gelaran juara buat pertama kalinya bagi beliau, sebelum ini bermain untuk EVOS Icon di peringkat MDL, siapa sangka beliau mampu membawakan keajaiban buat pasukannya yang baru di rekrut tidak lama kemudian.

Kemenangan kali ini membuatkan EVOS Legends berjaya memegang title MPL sebanyak 2 kali hanya di belakang Sang Raja yang sudah menjulang trophi sebanyak 3 kali. Jika prestasi pasukan ini dapat dikekalkan, maka tidak mustahil untuk mereka menjadi juara MSC 2021 nanti. Kita saksikan.

Foto: EVOS Esports

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Teringin buat game sendiri? Memperkenalkan Game Builder Garage dari Nintendo
2 days ago
Pendaftaran VBL International Series 2021 kini dibuka untuk semua
2 days ago
Epic belanja RM47.7 juta untuk permainan video percuma selama sembilan bulan?
2 days ago
‘Balik awal’ di MPL, Alter Ego kini cari penganalisis dan pembantu jurulatih
2 days ago
Zizan Razak jadi duta Free Fire Malaysia
3 days ago
Siri animasi League of Legends – Arcane bakal tiba suku ketiga tahun ini di Netflix