EVOS Legends mempunyai hero pool yang kecil? Ini jawapan Taxstump – Penganalisa EVOS Legends
2021-04-11T08:54:30
By: Editorial team

EVOS Legends mempunyai hero pool yang kecil? Ini jawapan Taxstump – Penganalisa EVOS Legends

 

Sejak kemasukan Ferxiic baru-baru ini menggantikan Wann, EVOS Legends mula menunjukkan taring mereka di dalam perlawanan peringkat musim liga, memenangi perlawanan demi perlawanan, mereka terus mengejar mata untuk menjadi pasukan di kedudukan no. 1 di dalam carta MPL Indonesia musim ketujuh.

Strategi mereka lebih kepada melindungi Ferxiic untuk mendapatkan farming yang secukupnya untuk enable hero yang dimainkan oleh beliau. Kita dapat lihat pada perlawanan sebelum ini, EVOS Legends kerap menggunakan hero yang sama iaitu Benedetta, Uranus, Angela, Ling dan lain-lain. 

Mereka jarang menggunakan strategi yang baru oleh kerana jika strategi berulang menggunakan hero yang sama dapat memberikan mereka kemenangan, mengapa ia harus ditukar? Jadi untuk menjawab persoalan itu, dalam satu temubual bersama ONE Esports, menceritakan tentang strategi oleh penganalisa, Taxstump.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONE Esports Indonesia (@oneesportsid)

Menurut beliau “kalau kami bermain dengan hero yang sedia ada masih boleh memberikan kemenangan, strategi lain akan disimpan. Tidak ada masalah jika dikatakan hero pool kecil kerana ini adalah pertandingan untuk mencari kemenangan. Untuk apa harus memilih hero yang pelik untuk dimainkan jika ia memberikan kekalahan” ujarnya.

EVOS Legends harus mencari punca kekalahan mereka di dalam perlawanan terhadap Genflix Aerowolf baru-baru ini, mereka telah tewas 0-2 sementara memenangi perlawanan sebelumnya tanpa kalah sesudah Ferxiic masuk ke dalam pasukan.

Sumber dan foto: One Esports

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Teringin buat game sendiri? Memperkenalkan Game Builder Garage dari Nintendo
2 days ago
Pendaftaran VBL International Series 2021 kini dibuka untuk semua
2 days ago
‘Balik awal’ di MPL, Alter Ego kini cari penganalisis dan pembantu jurulatih
2 days ago
Kejohanan dunia League of Legends, Worlds 2021 akan diadakan di China
2 days ago
Zizan Razak jadi duta Free Fire Malaysia
3 days ago
Siri animasi League of Legends – Arcane bakal tiba suku ketiga tahun ini di Netflix