Fiera Fendi Kini Duta Team Bosskurr, Berhasrat Untuk Memperkenalkan Ahli Bosskurr Kepada Orang Ramai

Pengacara dan hos, Fiera Fendi berharap dapat memperkenalkan lagi #FamilyBosskurr kepada orang ramai selepas dilantik sebagai duta bagi organisasi e-sukan tempatan ini. 

“Selain menjadi wajah #FamilyBosskurr, saya ingin memperkenalkan ahli-ahli baru yang menyertai keluarga ini, kini sudah lebih 60 orang.

“Caranya, saya akan terbabit dengan produksi saluran Youtube Waddup Boss yang mana di situ peminat boleh menyaksikan gelagat dan karenah #FamilyBosskurr,” katanya.

Di saluran itu, Fiera akan memulakan peranan baru dengan membiasakan diri memegang kamera, melontarkan idea-idea baru bagi menghasilkan kandungan digital yang lebih komprehensif dan menghiburkan para penonton.

“Sekarang Fiera sedang bereksperimen dengan kemahiran baru termasuklah penghasilan vlog untuk ahli-ahli #FamilyBosskurr.

“Mungkin selama ini ramai peminat hanya mengenali barisan utama dan tidak keluarga Bosskurr secara menyeluruh jadi saya akan cuba yang terbaik untuk mengubah perspektif itu,” katanya.

Tambah Fiera, dia masih terbuka untuk menerima sebarang kerja sambilan dalam bidang pengacaraan dan bersedia untuk memberikan yang terbaik.

Malah, Fiera juga akan membuat kemunculan bersama #FamilyBosskurr di acara-acara penting selain menghadiri persidangan berkaitan.

Bagi yang belum mengenalinya, Fiera Fendi pernah menjadi hos bagi kejohanan dunia Mobile Legends, M1 dan juga hos bagi Piala Asia Tenggara Mobile Legends: Bang Bang (MSC) di Manila, Filipina.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

(Foto: @ShopeeBosskurr)

RELATED NEWS

+