Dua pencabar baru, SDGR EBLZ dan Team Bosskurr akan bertanding hari ini

MPL MY musim kelapan kini sudah bermula, edisi kelapan ini menyaksikan penambahan dua pencabar baru. 

Mereka melepasi pusingan kelayakan yang lalu iaitu SDGR EBLZ dan pasukan Rahasia. Pasukan Rahasia kini bernaung di bawah Team Bosskurr.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Perlawanan pertama pada jam 3 petang ini menyaksikan Suhaz Esports menentang SDGR EBLZ dan perlawanan seterusnya pada jam 5 petang, Team Bosskur menentang Homebois.

SDGR EBLZ dan beberapa pemain Team Bosskurr akan memulakan perjalanan mereka buat pertama kali di MPL Malaysia, mampukah mereka memberi saingan kepada pasukan otai-otai yang sudah lama berkecimpung di dalam MPL MY? Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

10 pasukan akan bertanding untuk merebut wang hadiah terkumpul AS$100,000 (RM420,000) serta slot untuk bertanding di kejohanan dunia, M3 yang akan berlangsung pada bulan Disember ini.

Juara musim lalu RSG Malaysia juga akan bermain untuk musim kelapan, mereka berjaya menewaskan Todak dengan skor 4-2 pada musim lalu. Mampukah mereka mengekalkan momentum mereka pada kali ini atau adakah dua pencabar baru ini akan muncul juara untuk musim kali ini? 

Saksikan LIVE di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang dan Youtube.

RELATED NEWS

+