Adib Rusydi “Mom” Ahmad Tarmizi baru sahaja keluar dari pasukan RSG MY tempoh hari. Pengumuman itu dibuat dalam sebuah hantaran di Facebook RSG MY.
Belum sempat menamatkan satu musim, beliau sudah dikeluarkan dari skuad RSG MY. Ketidakserasian Mom antara ahli pasukannya di dalam permainan menjadikan prestasi juara musim ketujuh itu merosot dari minggu ke minggu.
Ramai di antara netizen melahirkan rasa simpati terhadap Mom dan mereka memberikan kata-kata positif kepada Mom untuk terus bersaing secara kompetitif di dalam arena e-sukan Mobile Legends. Kami dari pihak MyGameOn ingin berkongsi serba sedikit kemungkinan Mom akan menyertai bekas ahli pasukannya dari Orange Esports yang kini bermain untuk Team Bosskurr.
KESERASIAN
Bab keserasian ini sangat penting di dalam menjadikan sesebuah pasukan itu kuat dan sukar untuk ditewaskan. Ini kerana komunikasi di antara ahli pasukan menjadi lebih mudah dan ahli pasukan tahu akan kelemahan serta kekuatan antara satu sama lain. Ia juga akan mendorong rotasi yang lebih cekap dan berkesan, contohnya ahli pasukan yang selalu bermain bersama akan dapat memahami corak permainan rakannya sendiri.
IMPIAN
Sebelum ini Mom berganding bahu bersama bekas ahli pasukannya iaitu Aim, Neo dan Mali. Mereka berjaya mendapatkan tempat 5/6 di musim lalu, tewas di tangan pasukan Red Esports. Selepas mereka keluar dari Orange Esports. Aim, Neo dan Mali rasmi masuk ke pasukan Team Bosskurr sementara Mom menyertai pasukan RSG MY.
Ketika dihubungi pihak MyGameOn, Mom ada menyatakan hasrat untuk bermain semula dengan bekas ahli pasukannya.
Berdasarkan kenyataan itu, tidak mustahil untuk Mom masuk ke dalam pasukan Team Bosskurr. Baru-baru ini, jurulatih pasukan Team Bosskur, Kuja menyatakan beliau sedang mencari tanker terbaik untuk melengkapkan pasukan itu.
Pencarian oleh Kuja menguatkan lagi kemungkin Mom akan sertai Team Bosskurr. Namun begitu, ini semua hanyalah spekulasi dan Kuja atau Team Bosskurr masih belum membuat kenyataan berkaitan perkara ini.