FIFA Online 4: Gan Mun Kiat Harum Nama Negara
2018-11-18T07:07:08
By: Hazril Md Nor

FIFA Online 4: Gan Mun Kiat Harum Nama Negara

 

Dalam kejohanan FIFA Online 4 yang sedang berlangsung di Korea Selatan semalam, wakil negara, Gan Mun Kiat @ Darren Gan mengharumkan nama negara dengan memperoleh tempat pertama di EA Champions Cup Winter 2018!

Darren. Sumber gambar: FB RippedJean

Anak muda berusia 21 tahun ini turut menerima anugerah Pemain Terbaik dan Penjaring Gol Terbanyak!

Darren yang juga dikenali sebagai RippedJean bermain di bawah Mineski berganding bersama duo dari Team Flash, Amraan dan Fardhino membentuk skuad MineskiFlash di kejohanan itu.

Mereka menewaskan wakil Vietnam, Vietnam Immortals dalam empat set perlawanan ‘King Stays’ yang mana menyaksikan Ripped Jean mendahului set kedua hingga keempat, menewaskan setiap pemain Vietnam yang cuba mencabarnya.

Hasil kemenangan, mereka membawa pulang wang tunai terkumpul USD100,000 (kira-kira RM419,000)!

Penulis sempat mendapatkan komen juara Malaysia ini untuk berceritakan mengenai kemenangannya semalam.

“Saya rasa sangat gembira dan bersyukur kerana penat lelah selama ini membuahkan hasil. Sebulan sebelum kejohanan, saya terbang ke Thailand untuk berlatih bagi mengelak dari masalah ping sebelum ke Korea untuk kejohanan utama.

“Banyak kali saya berkata pada diri, jangan gementar. Walaupun tak ada server sendiri di Malaysia dan mungkin akan kalah nanti, itu adalah adat pertandingan.

“Dan ya, cara ini berkesan untuk bagi saya terus bertenang dan kemudian fokus pada menjuarai kejohanan,” kata Darren ketika dihubungi.

Darren bersama Amraan (tengah) dan Fardhino

Darren berkata, walaupun mereka berlainan negara namun masing-masing punya objektif sama, mengharumkan nama negara. Dua rakan seperjuangannya, Fardhino dan Amraan banyak membantu untuk draft players dan memberikan motivasi sepanjang pertandingan.

“Saya tak rasa perkara ini (berbeza negara) menjadi penghalang untuk kita capai matlamat. Saya anggap mereka macam adik beradik sendiri. Kami pun ‘sekepala’ dan serasi bersama dan itu mungkin sebab kami menyinar dalam kejohanan ini,”

Menurut Darren, dia mempunyai harapan besar untuk FIFA Online 4 mempunyai server sendiri di Malaysia.

“Saya berharap perkara ini menjadi kenyataan. Mudah lah selepas ini untuk kami berlatih tanpa perlu berpindah ke server lain.

“Lagipun saya rasa pemain lain juga ingin kejar objektif sama, menjadi juara dalam kejohanan antarabangsa. Jadi saya berharap Garena Malaysia atau Singapura mengambil serius tentang perkara ini,”

Siaran semula boleh disaksikan di SINI. Maklumat lanjut mengenai EACC Winter 2018 boleh didapati di SINI

Ini adalah kali pertama Malaysia mencatatkan kemenangan di kejohanan EACC. Rekod lalu hanya di nombor 3 yang mana Malaysia Tigers dianggotai oleh Kent ‘RBxArroyos’ Liaw, Vin ‘EMaster.Vin’ Chew, Hariry Faiz, dan RBxWintersss membawa pulang RM120,000 pada EACC 2016.

Kami dari MyGameOn ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Darren. Semoga selepas ini lebih ramai atlit esports menjuarai kejohanan antarabangsa! Malaysia Boleh!

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
5 Game Seram Yang Paling Menakutkan Setakat Februari 2020
1 day ago
Review: Sonic The Hedgehog Filem Yang Seronok Untuk Tontonan Sekeluarga
1 day ago
5 Sebab Kenapa Soloz Streamer Paling Popular Di Malaysia
3 days ago
Kartun Overwatch Dan Anime Diablo Sedang Dihasilkan Untuk Netflix
3 days ago
Rainbow Six Siege Akan Hadir Ke PlayStation 5 – Kata Ubisoft
3 days ago
Team Secret Umum Pasukan League Of Legends – Lowkey Esports Dari Vietnam