Free Fire: Dapatkan ganjaran login istimewa kolaborasi KSHMR pada Booyah Day
2020-10-22T08:44:31
By: Burhanudin Zamri

Free Fire: Dapatkan ganjaran login istimewa kolaborasi KSHMR pada Booyah Day

 

Pada minggu lepas, watak baharu K berdasarkan DJ KSHMR diperkenalkan dalam permainan Garena Free Fire. Kini mereka telah mengeluarkan dua video muzik hasil daripada kolaborasi tersebut dan juga mengumumkan beberapa acara serta pertandingan menarik bersempena dengan Booyah Day.

Booyah Day akan disambut pada 25 Oktober ini dan para pemain Free Fire berpeluang untuk memperoleh ganjaran log masuk eksklusif daripada kolaborasi Free Fire bersama KSHMR. Anda akan diberikan UMP upgrade token, skin senjata UMP-Booyah Day, dan AK Dragon upgrade token.

Satu acara menarik yang akan berlangsung esok (23 Oktober) ialah sebuah siaran langsung di mana anda boleh menonton KSHMR dan seorang lagi DJ terkenal iaitu Alok bermain Free Fire bersama-sama. Livestream ini akan disiarkan di laman Facebook rasmi Garena Free Fire.

Jika anda masih belum menonton video tarian lagu ‘One More Round’ yang dipersembahkan oleh kru tarian Kinjaz, anda patut tonton video tersebut kerana peminat Free Fire yang memuat naik video melakukan tarian tersebut berpeluang memenangi hadiah eksklusif.

Maklumat mengenai pertandingan ini akan diumumkan di laman Facebook rasmi Garena Free Fire.

Pastikan anda tidak terlepas peluang menyertai semua aktiviti-aktiviti Free Fire yang menarik ini!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPLI: Alter Ego akan bertemu RRQ Hoshi pada suku akhir, El Clasico sekali lagi!
2 days ago
PMGC: Pasukan BTR garang, raih WWCD 2 kali
3 days ago
UiTM Vendetta mahu ‘balas dendam’ di PVP Esports Community Championships S2
3 days ago
PMGC: Pasukan 4am mengganas di peta Erangel
4 days ago
PlayStation 5 merekodkan pelancaran terbesar dalam sejarah PlayStation, kata Sony
4 days ago
Wild Rift: Butiran mengenai Pentaboom Showdown Asia Tenggara didedahkan