Rasai kekecohan di Free Fire bersama Venom: Let There Be Carnage bermula hari ini

Garena melalui kolaborasi filem pertama mereka bersama Venom: Let There Be Carnage akan membawa pengalaman penuh kekecohan di Free Fire bermula 11 hingga 24 Oktober ini.

Melalui acara eksklusif Free Fire x Venom: Let There Be Carnage akan memberikan pemain Free Fire untuk mengambil bahagian di misi baru yang menyeronokkan dan berpeluang untuk mendapatkan barangan menarik di dalam permainan.

Bahkan, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan ganjaran kulit kolaborasi Venom Motorbike pada hari kemuncak, 16 Oktober ini. 

Melalui acara khas ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan ganjaran dalam permainan seperti barangan boleh-kumpul dan kostum eksklusif dalam masa terhad ini. Antara barangan yang boleh dikumpual seperti kostume We Are Venom, Venom Backpack, Carnage Helment dan banyak lagi.

Menangi hadiah eksklusif di showmatch Team Venom VS Team Carnage

Sempena cara khas ini juga para Survivors juga berpeluang untuk bermain bersama influencer kegemaran anda di showmatch komuniti Team Venom VS Team Carnage pada 24 Oktober ini. 

Di showmatch ini, peserta akan bermain menentang pasukan influencer di dalam 5 pusingan melalui mod Klasik Free Fire, di mana influencer akan bermain sebagai Team Venom dan pemain awam sebagai Team Carnage. 

Sebanyak 50 skuad pemain akan direkrut untuk acara ini. Buat masa ini, borang untuk mendaftar masih belum dikeluarkan, tetapi anda boleh ikuti Facebook rasmi Free Fire untuk maklumat lanjut. 

Peserta dengan skuad terbaik setiap pusingan akan berpeluang untuk menerima Black Widow FAMAS. Manakala, mereka yang menonton siaran langsung akan diberikan ganjaran melalui kod yang boleh ditebus.

Ayuh meriahkan acara khas Free Fire x Venom: Let The Be Carnage! Untuk maklumat lanjut mengenai Free Fire, ikuti laman sosial mereka di Facebook, YouTube, Instagram, TikTok dan Twitter.

RELATED NEWS

+