Game Buatan Malaysia, No Straight Roads Mungkin Dilancarkan Di Epic Games Store Pada Tahun 2020

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

No Straight Roads berubah not muzik dan mungkin dilancarkan secara eksklusif di Epic Games Store bagi platform PC.

No Straight Roads iaitu dibangunkan oleh Metronomik merupakan game aksi pengembaraan berlandaskan muzik yang mengikuti perjalanan dua ahli kugiran Bunk Bed Junction, Mayday dan Zeke untuk menumpaskan syarikat gergasi NSR iaitu sebuah empayar EDM yang telah menakluk Vinyl City dan mengharamkan segala jenis muzik berlainan.

Cara game ciptaan anak Malaysia ini menukarkan objek-objek biasa bertukar jadi senjata untuk bertarung dengan bos besar mengikut gaya pertarungan Nier: Automata bertemu dengan rentak muzik Jet Set Radio sekaligus menghasilkan gabungan visual dan muzik mantap.

Pengasas bersama Metronomik dan pengarah No Straight Roads, Wan Hazmer berkata pemain akan mengambil masa 8 hingga 10 jam untuk menghabiskan game ini. Bukan itu sahaja, korang juga boleh bermain Mayday dan Zeke bersama rakan korang dalam mod local multiplayer

Apa yang menarik tentang game ini adalah semua karakter dalam No Straight Roads dilakonsuara oleh pelakon suara Malaysia dalam loghat bahasa Inggeris yang biasa kita dengar dalam percakapan seharian masyarakat tempatan. Game muzik ini turut menyediakan sari kata dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Korea dan Jepun.

Selain itu, Metronomik telah hadir ke pelbagai konvesyen game di seluruh dunia bagi mempamerkan game mereka dan mendapat sambutan meriah sehingga berjaya memenangi pelbagai anugerah seperti ‘Best Audio’ di Taipei Game Show dan ‘Best of E3’ oleh laman sesawang Techraptor di E3 2019 meskipun game ini masih lagi dalam pembangunan.

Menurut Gamer Matters, No Straight Roads mungkin akan menuju ke Epic Games Store dan bukannya di Steam selepas mendengar CEO Sold Out Games, Gary Williams berkata Metronomik “tengah berunding dengan Epic Games” melalui satu tayangan video ketika di persidangan rasmi Level Up KL 2019.

Wan Hazmer menjelaskan, “Buat masa sekarang, kami tidak pasti lagi. Apa yang kami boleh kata sekarang tak kiralah sama ada eksklusif ke Epic Games Store atau hal lain, kami akan tetap mengumumkan perkara ini dalam jangka masa terdekat.”

Secara asalnya, No Straight Roads akan dilancarkan pada tahun ini. Baru-baru ini, Metronomik telah menandatangi perjanjian penerbitan antarabangsa bersama Sold Out Games untuk memasarkan No Straight Roads dalam bentuk fizikal dan digital di PC dan PS4.

Dari segi harga, No Straight Roads akan dijual dalam sekitar USD$39.99 (~RM167) untuk pasaran luar negara. Untuk pasaran Malaysia pula, game ini akan dijual dalam harga berpatutan, kata Aksiz.

No Straight Roads akan dilancarkan di PC dan PS4 pada tahun 2020 dengan demo terbuka bakal hadir dalam masa terdekat. Sementara itu, jom kita saksikan Mayday dan Zeke mendendangkan satu lagu di video bawah:

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+