Genshin Impact: Kemas Kini 1.3 akan tiba pada 3 Februari 2021
2021-01-25T03:45:46
By: Burhanudin Zamri

Genshin Impact: Kemas Kini 1.3 akan tiba pada 3 Februari 2021

 

miHoYo telah mengumumkan Kemas Kini 1.3 untuk Genshin Impact dan ia akan dilancarkan pada 3 Februari ini. Kemas kini tersebut bertajuk All That Glitters dan akan memperkenalkan watak Xiao.

Xiao merupakan watak 5 bintang yang menggunakan senjata polearm dan elemen Anemo. Dia merupakan salah seorang daripada lima Yaksha yang dihantar oleh Rex Lapis untuk mengalahkan roh-roh jahat di Liyue.

Elemental Skill Xiao ialah Lemniscatic Wind Cycling. Apabila menggunakan kemahiran ini, dia melompat ke hadapan dan melakukan serangan Anemo. Kemahiran ini juga boleh digunakan di udara dan terdapat dua caj (boleh dilakukan dua kali).

Elemental Burst Xiao pula ialah Bane of All Evil. Kemahiran ini akan meningkatkan jarak serangan serta damage yang dilakukan oleh Xiao tetapi nyawanya akan dikurangkan secara berterusan. Kemahiran ini juga mengubahkan semua serangan menjadi serangan Anemo.

Tarikan utama kemas kini ialah acara tahun baru Lantern Rite. Acara ini mirip dengan sambutan Pesta Tanglung yang diraikan semasa penghujung Tahun Baru Cina. Nantikan beberapa quest baharu yang berkaitan dengan Lantern Rite. Satu aktiviti eksklusif acara Lantern Rite ialah permainan Theater Mechanicus. Ia merupakan sebuah permainan strategi tower defense.

Antara ganjaran-ganjaran yang boleh diperoleh dalam aktiviti-aktiviti kemas kini 1.3 ialah 10 Intertwined Fates percuma melalui log masuk harian, lebih daripada 1,600 Primogems, dan banyak lagi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Isu Vokey: “Jangan keterlaluan sampai melibatkan keluarga,” – Aiman Wafiy
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX layak ke SEA Final
3 days ago
Geek Fam MY guna pemain senior lawan Suhaz EVOS, 2-1
3 days ago
EVOS Legends mempunyai hero pool yang kecil? Ini jawapan Taxstump – Penganalisa EVOS Legends
4 days ago
Bukan rezeki Team Bosskurr, Suhaz EVOS terus dominasi
4 days ago
Dota 2: MidOne berjaya ke DPC musim kedua bersama Team SMG