Newzoo, industri e-sukan dianggarkan membawa masuk pulangan besar USD$1 billion menjelang tahun 2019. Tanpa disangkal, industri e-sukan di peringkat antarabangsa dan tempatan semakin lebih berkembang dengan bantuan ramai pihak dari kerajaan ke syarikat swasta bagi meluaskan potensi kerjaya e-sukan."> Newzoo, industri e-sukan dianggarkan membawa masuk pulangan besar USD$1 billion menjelang tahun 2019. Tanpa disangkal, industri e-sukan di peringkat antarabangsa dan tempatan semakin lebih berkembang dengan bantuan ramai pihak dari kerajaan ke syarikat swasta bagi meluaskan potensi kerjaya e-sukan." /> Newzoo, industri e-sukan dianggarkan membawa masuk pulangan besar USD$1 billion menjelang tahun 2019. Tanpa disangkal, industri e-sukan di peringkat antarabangsa dan tempatan semakin lebih berkembang dengan bantuan ramai pihak dari kerajaan ke syarikat swasta bagi meluaskan potensi kerjaya e-sukan." />

Inilah Cara-Cara Untuk Menceburkan Diri Dalam Karier E-Sukan

Menurut data laporan e-sukan Newzoo, industri e-sukan dianggarkan membawa masuk pulangan besar USD$1 billion menjelang tahun 2019. Tanpa disangkal, industri e-sukan di peringkat antarabangsa dan tempatan semakin lebih berkembang dengan bantuan ramai pihak dari kerajaan ke syarikat swasta bagi meluaskan potensi kerjaya e-sukan. 

Semasa bercakap kepada pengunjung Kejohanan E-Sukan Kampus di UiTM Lendu, Melaka, pengulas dan pengurus projek Moonton, Radzi ‘Ikuto’ Rahman berkata, “Bidang e-sukan adalah sangat besar dan bukan hanya terhad kepada bermain game sahaja.”

Cara Ikuto menceburkan diri dalam industri e-sukan bukan seperti korang sangkakan. Sebagai seorang pemegang ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam subjek Sains dari Universiti Putra Malaysia, minat beliau dalam industri e-sukan bermula dari minat bermain Dota 2 dari zaman matrikulasi.

Minat gaming ini masih lagi membara sehingga beliau menyambung ke ijazah sarjana dengan suka bermain League of Legends (LoL) sehingga memasuki pertandingan kompetitif dianjurkan oleh pihak tempatan dan antarabangsa.  Walaubagaimanapun, Ikuto merasa beban stres dalam arena permainan kompetitif dan meninggalkan pentas e-sukan tetapi ia bukan buat selama-lamanya.

Beberapa tahun kemudian, Ikuto mula mencuba nasih dengan hantar rakaman ulasan game dan bakatnya dijumpai oleh komuniti e-sukan tempatan dan antarabangsa. Sejak dari itu, beliau menceburkan diri sebagai pengulas dan streamer aktif dalam pelbagai game terutamanya dalam pengulasan game mobile terkenal, Mobile Legends: Bang Bang yang beliau samakan seperti pengulasan sukan bola sepak.

Kini, berkat usaha memberikan peluang kepada beliau untuk memegang jawatan pengurus projek Moonton iaitu pembangun Mobile Legends yang berpengkalan di Shanghai, China. Beliau bertanggungjawab untuk merancang aktiviti dan projek berkenaan Mobile Legends di Malaysia. Antara aktiviti yang digiatkan oleh beliau adalah Moonton Student Leader, sebuah projek mencari wakil dari setiap universiti untuk menjadi suara Moonton dan bantu pelajar untuk membentuk kelompok e-sukan di universiti masing-masing.

Ikuto berucap di Kejohanan E-Sukan Kampus Zon Selatan Final 2 di UiTM Lendu, Melaka

Menurut Ikuto, terdapat banyak peluang pekerjaan tersedia dalam industri e-sukan seperti pengadil, penganalisa, pengurus, krew produksi, penerbit, pemerhati dan marshall permainan kompetitif. Pekerjaan-pekerjaan ini memang mendatangkan keseronokkan tetapi ia tampil dengan cabaran tersendiri seperti banyak pekerjaan lain.

Ikuto berkongsi dua nasihat utama untuk melibatkan diri dalam industri e-sukan, baik pengulas mahupun krew produksi, beliau berkata, “Buat yang terbaik dan jangan mudah mengalah.” Selain itu, penyeimbangan antara game dan kehidupan bekerja & belajar adalah penting. 

Apabila korang terlibat dalam komuniti e-sukan, seseorang juga harus menjadi contoh baik dan bergaul dengan orang-orang penting dalam industri ini. Yang paling penting sekali adalah industri ini memerlukan idea bernas dan kreatif, justeru jangan risau untuk ambil risiko untuk mempersembahkan idea kreatif korang.

Ikuto juga menyatakan cabaran terbesar untuk menceburkan diri sebagai pengulas adalah tiada kewujudan platform disediakan untuk memupuk bakat pengulas baru di Malaysia. “Nasihat saya adalah korang cuba ulas game dalam acara kecil-kecilan seperti pertandingan dianjurkan oleh universiti. Kemudian, korang boleh tunjukkan video pengulasan game ke studio pembangun dan penerbit game,” kata Ikuto.

Beliau memberikan tip-tip penting dalam pengulasan game secara profesional. Perkara pertama utama adalah korang harus cintakan game dan melakukan kajian mendalam supaya meluaskan pengetahuan ketika mengulas dalam game. Tambahan pula, persembahan suara dan intonasi memainkan peranan penting bagi memberikan pengalaman permainan kompetitif lebih meriah dan menarik.

Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost dan Mountain Dew bagi menjayakan #XPAXKEK.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+