Logitech G memperkenalkan Logitech G Pro X2 LIGHTSPEED

Logitech G memperkenalkan set fon kepala khas untuk e-sukan iaitu fon kepala permainan nirwayar Logitech G Pro X 2 LIGHTSPEED yang baharu.

Set kepala ini direka dan diuji dengan atlet e-sukan terkemuka yang menampilkan pemacu PRO-G 50mm Graphene revolusioner serba baharu.

Ia menjadi kemuncak audio permainan dan mesti dimiliki untuk pemain yang arif dan berdaya saing.

https://pisces.bbystatic.com/image2/BestBuy_US/images/products/6544/6544740cv17d.jpg

“Falsafah teras Logitech G PRO Series ialah tentang mencipta peralatan yang memenuhi keperluan mendesak bagi atlet esports profesional dan pemain yang berdaya saing. Dengan PRO X 2, kami telah mencapai tahap prestasi yang cemerlang dengan mereka bentuk semula pemacu PRO-G kami dengan teknologi audio Graphene.

Dengan penggunaan graphene, kami boleh mencipta pemacu yang kedua-duanya sangat tegar dan, pada masa yang sama, sangat ringan. Ini memberikan bunyi berkualiti tinggi dengan herotan yang sangat rendah, memberikan prestasi profesional yang mereka perlukan untuk bermain di tahap kemampuan maksimum mereka,” ujar Chris Pate (Pengurus Produk Utama Logitech G).

Dalam E-sukan, kejelasan bunyi dan komunikasi adalah faktor kritikal yang mempengaruhi kemenangan dimana mendengar sedikit pun insyarat audio akan memberikan perbezaaan ketara.

https://cdn.vox-cdn.com/thumbor/_1FokpYJjEPWIg4vXEuNlNeEUY0=/0x0:2640x1749/1400x1400/filters:focal(1320x875:1321x876)/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_asset/file/24675694/VLS_5011.jpg

PRO X 2 menampilkan beberapa penambahbaikan berbanding PRO X sebelum ini.

  • Sambungan lebih teguh dengan masa penggunaan 50 jam untuk sekali cas.
  • Rekaan PRO Pemenang Anugerah – reka bentuk ini menampilkan bingkai aluminium dan keluli yang tahan lasak lagi ringan.
  • Berkomunikasi dengan Yakin – Mikrofon kardiod 6mm pada legangan boom boleh ditanggalkan dengan penapis perisian Blue VOICE.
  • Bunyi Sekeliling DTS Headphone:X 2.0 – Bunyi sekeliling yang jitu untuk membantu anda

Set kepala gaming nirwayar PRO X 2 LIGHTSPEED kini boleh didapati di laman rasmi Logitech G Lazada dan Shopee dengan harga runcit yang dicadangkan RM1,099.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi Logitech G PRO X 2.

RELATED NEWS

+