Kejohanan dunia League of Legends, Worlds 2021 akan diadakan di China
2021-05-05T03:37:05
By: Hazril Md Nor

Kejohanan dunia League of Legends, Worlds 2021 akan diadakan di China

 

Kejohanan peringkat dunia League of Legends World Championship akan diteruskan lagi tahun ini di China.

Ia akan diadakan di Universiade Sports Centre pada 6 November ini di Shenzhen, China. Stadium tersebut boleh memuatkan sehingga 60,334 penonton dan ia merupakan ‘rumah’ kepada Shenzhen F.C, kelab bola sepak China yang bertanding dalam Liga Super China.

Stadium  ini juga pernah menghoskan temasya sukan peringkat dunia dan konsert muzik untuk Jay Chou dan Jacky Cheung. 

“Kami berbangga dan teruja untuk meningkatkan kualiti hiburan dan sukan tahun ini dengan Worlds 2021 dan menetapkan satu tanda aras buat e-sukan LoL pada masa 10 tahun akan datang,” kata Ketua E-Sukan Sedunia Riot Games, John Needham.

“Shenzhen adalah bandar paling inovatif dan kompetitif di China dengan ribuan pemula bagi high-tech dan keusahawanan jadi kami rasa ia landskap sesuai untuk hoskan Final di sini,” tambahnya lagi. 

Di China sahaja, Worlds diadakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun lepas di Shanghai Stadium dan Beijing National Stadium pada 2017.

Nantikan berita lanjut mengenai Worlds 2021 yang akan penulis kongsikan.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Kejohanan Maggi Hot Cup kembali, boleh main Wild Rift dengan Fattahzie dan Biu Biu
2 days ago
Pendaftaran VBL International Series 2021 kini dibuka untuk semua
2 days ago
‘Balik awal’ di MPL, Alter Ego kini cari penganalisis dan pembantu jurulatih
2 days ago
Mobile Legends kolaborasi dengan Star Wars?
2 days ago
Zizan Razak jadi duta Free Fire Malaysia
3 days ago
Siri animasi League of Legends – Arcane bakal tiba suku ketiga tahun ini di Netflix