Kejohanan dunia Mobile Legends, M2 akan bermula pada 18 Januari 2021

Kejohanan Dunia Mobile Legends, M2 akan diadakan pada 18 hingga 24 Januari 2021 ini.

Ia dianjurkan oleh Moonton dengan kerjasama Cybersports and Online Gaming Association Singapura (SCOGA) dan mendapat sokongan daripada Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Walaupun diadakan secara tertutup,  ia akan menjadi kejohanan offline pertama peringkat global dianjurkan di Asia Tenggara.

Sebanyak RM1.2 juta dipertandingkan di Shangri-La Singapura.

Lebih menarik kali ini apabila Moonton akan menganugerahkan pasukan pemenang dengan tema skin mengikut hero pilihan mereka.

Bagi peminat, anda boleh memenangi hadiah menarik termasuklah skin M2.

Ini adalah jadual perlawanan untuk M2:

Cabutan dalam talian untuk grouping: 12 Disember 2020

Peringkat kumpulan 1: 18 Januari dan 19 Januari 2021

Peringkat kumpulan 2: 20 Januari 2021

Playoffs: 22 Januari hingga 24 Januari 2021

Nantikan pasukan mana akan bertanding pada 12 Disember ini apabila live draw diadakan.

Sumber rujukan: SCOGA

RELATED NEWS

+