Korang Bakal Boleh Main Game Sambil Tengok Black Mirror Di Netflix

Ini baru betul dapat merasa Black Mirror dalam dunia sebenar!

Korang bakal boleh jadi pengarah filem kerana diberi kebebasan untuk menyampaikan jalan cerita tersendiri dalam filem pertama Black Mirror yang bertajuk Black Mirror: Bandersnatch.

Black Mirror adalah sebuah siri antologi televisyen yang mana bermaksud setiap episod mempunyai plot tersendiri bertemakan sains fiksyen disiarkan di Netflix. Rancangan ini menyentuh tentang perihal masyarakat moden yang semakin lama bergantung dengan kepenggunaan teknologi melalui gaya satira komedi hitam (black comedy) sepanjang tayangan 4 musim. 

Netflix baru sahaja umumkan Black Mirror: Bandersnatch iaitu sebuah filem yang mengisahkan seorang programmer yang ditugaskan untuk membangunkan game berdasarkan novel British klasik, Bandersnatch pada era 1980an. Namun, penglibatannya dalam penghasilan game ini menjadi kacau-bilau apabila dia tidak dapat membeza realiti ataupun fantasi. 

Saksikan Stefan (Fionn Whitehead) yang bergelut dengan dirinya dalam trailer di bawah:

Menurut laman filem Indiewire, filem Black Mirror: Bandersnatch bakal menyajikan tayangan selama 5 jam iaitu agak luar biasa berbanding filem biasa selalu ditayangkan dalam masa 1 jam 30 minit. Tempoh yang sangat panjang untuk sesebuah filem ini mungkin memberi ruang kepada filem Bandersnatch ini bakal memasukkan gaya ‘choose-your-own-adventure’.

Laporan Bloomberg menyatakan musim ke-5 Black Mirror akan memberi laluan kepada penonton untuk memilih keputusan tersendiri yang memberi impak kepada jalan cerita iaitu mengikut gaya game seperti Life is Strange 2 dan The Walking Dead: The Final Season.

Ini bukan pertama kali Netflix cuba menyuntik elemen rancangan TV interaktif. Syarikat penyiaran media terbesar ini telah menghasilkan beberapa siri TV dengan stail ‘choose-your-own-adventure’ seperti Minecraft: Story Mode dan Puss in Boots: Trapped in Epic Tale.

Penonton diberi pilihan interaktif untuk watak utama dalam Minecraft: Story Mode

Black Mirror: Bandersnatch bakal ditayangkan di Netflix pada 29 Disember 2018. Untuk musim ke-5 Black Mirror pula, tiada lagi pengumuman diberikan mengenai tarikh tayangan rasmi dan penjelasan teliti bagaimana rancangan TV ini akan menghasilkan kisah ‘choose-your-own-adventure’ tersendiri. 

RELATED NEWS

+