M1: “Kami Akan Cuba Perbaiki Kesilapan,” – Todak
2019-11-15T07:45:14
By: Hazril Md Nor

M1: “Kami Akan Cuba Perbaiki Kesilapan,” – Todak

 

Pasukan Mobile Legends negara, Todak mengakui ada kesilapan ketika perlawanan pembukaan ke atas skuad Indonesia, RRQ dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1 hari ini.

Todak diwakili oleh Lychee, Moon, Nenas, Eone, Ciku dan Xray.

“Dalam perlawanan pertama, kami berjaya untuk dapatkan momentum tapi ia berubah pada pertengahan perlawanan apabila ada kesilapan seorang demi seorang yang mati,” kata kapten Todak, Moon.

Ketika ditanya mengenai pemilihan Baxia dan Dyrroth, Shahril Anuar Abdul Rashid (Nenas) berkata, mereka semua bersetuju dengan pemilihan itu.

“Baxia dipilih untuk mengatasi hero dengan kebolehan regen seperti Thamuz.

“Dyrroth pula dipilih kerana kami bertanyakan pada Xray, hero mana yang selesa dimainkan dan dia ingin memilih fighter ini,”. Dyrroth digunakan untuk solo lane tapi kurang memberi impak dalam perlawanan pertama Todak ke atas RRQ.

Walau tewas di tangan pasukan Indonesia, Todak sebenarnya sudah lama bersedia untuk menghadapi kejohanan dunia ini.

“Kami berlatih selama enam jam hingga sembilan jam setiap hari untuk mengekalkan mutu persembahan dan mencuba hero-hero di luar dan di dalam meta).

“Tapi kami sendiri akui pengalaman RRQ yang ke MPL banyak musim banyak membantu sinergi dan keserasian mereka.

“Itulah bukan alasan untuk mengatakan kami tidak cuba yang terbaik. Bagi saya, walaupun pasukan ini baru ditubuhkan sebelum kelayakan MPL MY/SG Musim Keempat, kami percaya kami dah cuba yang sebaik mungkin,” kata Moon.

Todak juga berterima kasih kepada peminat dan penyokong yang ada antaranya datang dari utara tanah air seperti Langkawi dan Alor Setar.

“Terima kasih kepada anda semua yang hadir. Kami akan buat yang lebih baik untuk lower bracket esok,” tambah Moon.

Kejohanan Dunia M1 mengumpulkan 16 pasukan terbaik Mobile Legends di serata dunia merebut hadiah wang tunai terkumpul RM1 juta. Peringkat kumpulan sudah dimulakan sejak Isnin dan acara utama berlangsung hari ini hingga Ahad di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Ia dianjurkan oleh Moonton.

 

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 week ago
PMCO: Senarai Kesemua Pemenang
1 week ago
PMCO: Bigetron RA Juara Dunia, Bawa Pulang RM855,000
2 weeks ago
Inilah Juara Mobile Legends, PUBG Mobile, CS:GO Open Dan Johan Keseluruhan Celcom #XPAXKEK Semester 2!
2 weeks ago
XPAXKEK: Ultra Instinct Garang, Mara Ke Grand Final Mobile Legends
2 weeks ago
XPAXKEK: Lapan Pasukan Layak Ke Suku Akhir Mobile Legends
3 weeks ago
Selalu Turun Acara Esports Tapi Susah Nak Cari Hotel? Dah Tak Perlu Risau Dah!