Marvel’s Avengers di konsol akan dinaiktaraf secara percuma ke PS5 dan Xbox Series X
2020-06-23T06:47:35
By: Burhanudin Zamri

Marvel’s Avengers di konsol akan dinaiktaraf secara percuma ke PS5 dan Xbox Series X

 

Marvel’s Avengers dijadualkan untuk dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PC), Xbox One, dan Google Stadia pada 4 September tahun ini. Pembangunnya Crystal Dynamics kini telah mengumumkan versi konsol generasi seterusnya.

Versi PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X untuk judul tersebut akan tiba setelah kedua-dua konsol tersebut dilancarkan. Pembeli versi PS4 dan Xbox One boleh menaiktaraf ke versi PS5 dan Xbox Series X secara percuma.

Selain itu, Crystal Dynamics juga menyatakan bahawa judul ini akan menyokong permainan rentas-generasi. Pemain PS4 dan PS5 boleh bermain mod multi-pemain bersama-sama.

Jika anda bermain Marvel’s Avengers di konsol generasi seterusnya, anda boleh menikmati beberapa penambahbaikan seperti:

  • Resolusi tekstur yang lebih tinggi
  • Ambient occlusion yang dipertingkatkan
  • Anisotropic filtering yang ditambah baik
  • Stochastic screen-space reflections bersama contact-aware sharpening

Penggunaan solid-state drive (SSD) di PS5 dan Xbox Series X juga membenarkan proses permuatan (loading) yang lebih pantas. Menurut Crystal Dynamics, tempoh permuatan di PS5 “hampir serta-merta”.

Versi PS5 juga akan mempunyai pemilihan tetapan antara enhanced graphics mode yang mementingkan kualiti grafik dan high framerate mode yang menyasarkan kadar bingkai 60FPS bersama resolusi 4K dinamik.

Seperti yang dinyatakan di atas, Marvel’s Avengers akan dilancarkan di PC, PS4, Xbox One, dan Google Stadia pada 4 September 2020.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPL Indonesia: RRQ main dengan berdisiplin, kini di tempat ketiga
1 day ago
Hanya tinggal 10 hari sebelum untuk pecah rekod AS$40 juta untuk TI10
1 day ago
FarmVille akan ditutup selepas 11 tahun dimainkan di Facebook
2 days ago
Among Us: Discord catat rekod 800 ribu muat turun setiap hari
3 days ago
Among Us: Cyan, Lime, apa maksudnya?
3 days ago
PUBG Mobile: Pasukan Arcadia Dianne ingin perkasa bakat wanita dalam e-sukan