Mobile Legends: Tony Fernandes Kini Pemilik Sepenuhnya Team Saiyan

Peminat pasukan Mobile Legends, Team Saiyan menerima berita baik apabila skuad Malaysia itu akan dijenamakan semula sebagai AirAsia Saiyan.

Ini bermakna Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes bertanggungjawab sebagai pemilik pasukan itu.

Tony ada memuat naik satu video di Facebook Team Saiyan dan korang boleh mendengar ucapan beliau.

Pengurus Team Saiyan, Mervyn Lai pun ada suarakan keterujaannya.

“Teruja tak terkata. Ia ibarat mimpi jadi kenyataan. Saya tak boleh berhenti berfikir tentangnya. Ia pastinya akan menolong kami (Team Saiyan) menjadi sebuah pasukan profesional sepenuhnya. 

“Tak cukup dengan itu, langkah ini akan menyelesaikan masalah kewangan yang kami setakat ini. Lebih menggembirakan saya, semua ahli (pemain) juga berkongsi perasaan teruja,”

Team Saiyan boleh dikatakan antara pasukan Mobile Legends terbaik negara kerana pernah meraih juara dalam kejohanan Mobile Legends SouthEast Asia Cup (MSC) peringkat Malaysia tahun lepas.

Nak tengok bila lagi Team Saiyan akan beraksi? jangan lupa saksikan perlawanan dan perkembangan mereka seterusnya dalam Mobile Legends Professional League (MPL) Malaysia dan Singapura pada 13 dan 14 April ini.

 

RELATED NEWS

+