Mobile Legends: Ultra Instinct Juara XPAXKEK Semester 2, Bawa Pulang RM13,600
2019-11-24T08:47:50
By: Hazril Md Nor

Mobile Legends: Ultra Instinct Juara XPAXKEK Semester 2, Bawa Pulang RM13,600

 

Pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ultra Instinct berjaya meraih gelaran juara sekali lagi dalam kategori Mobile Legends Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Semester 2 yang mengumpulkan 16 pasukan Mobile Legends dan 16 pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) bertarung merebut hadiah terkumpul RM180,000.

Gabungan Valir, Granger dan Thamuz dengan arrival ternyata berhasil ditemani dua tank seperti Hylos dan Lolita. Mereka tamatkan perlawanan pada minit ke-12.

Mereka membawa pulang wang tunai RM13,600 selepas menewaskan wakil Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Team Parahmen dengan skor 2-0 dalam perlawanan grand final diadakan di The Curve, Damansara.

UI diwakili oleh Ash, Nycto, Mob, Athena dan Trip.

Pada semester lepas, mereka turut muncul juara mewakili UKM.

Parahmen membawa pulang RM6,800 diikuti skuad Team Blank dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), bawa pulang RM5,100.

Tahniah diucapkan!

 

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
PUBG Mobile: Boyka Kini CEO Bigetron Malaysia
4 days ago
Aylrhmn – Streamer Yang Menanggung Kos Perubatan Isteri RM9,000 Sebulan
4 days ago
Black Desert Akan Menyatukan Pemain PS4 & Xbox One
4 days ago
Permainan Video Seram Ini Diinspirasikan Dari Karya Junji Ito
4 days ago
16 Pasukan COD Mobile Berentap Di Kejohanan ESL Malaysia Esok
5 days ago
Mak Cun’s Adventure Catat Lebih 1 Juta Muat Turun