MPL Indonesia: Rippo cemerlang mengawal peta untuk melayakkan BTR Alpha ke peringkat seterusnya
2021-05-01T03:43:31
By: Editorial team

MPL Indonesia: Rippo cemerlang mengawal peta untuk melayakkan BTR Alpha ke peringkat seterusnya

 

MPL Indonesia musim ketujuh kini sudah memulakan perlawanan di peringkat playoff di mana ia menjadi penentuan bagi enam pasukan yang bertarung untuk merebut peluang menjadi juara dan mendapatkan hadiah yang lumayan.

BTR dan Alter Ego sememangnya menjadi pasukan yang dinanti-nantikan oleh para peminat akan pertembungan mereka. BTR menunjukkan bahawa mereka tidak mudah mengaku kalah, tewas di dalam 1 atau 2 permainan tidak bererti perjalanan mereka sudah tamat.

PERLAWANAN KEDUA

Kedua-dua pasukan dilihat bermain dengan lebih pasif dan tidak cuba untuk memaksa teamfight untuk berlaku. Pasukan Alter Ego mula mendapat sedikit kelebihan setelah Celiboy berjaya mendapatkan turtle pada minit ke 6.

Alter Ego terus menggunakan peluang tersebut untuk menjarakkan lagi gold yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan. Pada minit ke 10, jurang gold di antara mereka melebihi 3 ribu.

Namun begitu, pasukan BTR tidak mudah mengalah dan Matt mempamerkan prestasi yang cemerlang setelah beliau berjaya kunci Celiboy dengan Way of Dragon yang dikeluarkannya.

Pertarungan tersebut terus menjadi kelebihan kepada pasukan beliau buat sementara waktu. Meskipun BTR wipeout dari peta, mereka telah berjaya menghentikan Alter Ego untuk mengambil Lord. 

Seterusnya Lord berjaya juga diambil oleh Alter Ego pada minit ke 15 tanpa sebarang gangguan, BTR terus kembali kepada defensive mode untuk mempertahankan kubu mereka.

Lord yang tidak dijaga dengan baik oleh pasukan Alter Ego menyebabkan ianya terkorban sebelum sempat menyerang turret di bahagian dalam base BTR.

Alter Ego hampir mendapatkan kemenangan setelah berjaya menumbangkan 3 ahli pasukan BTR iaitu Matt, Kyy dan Renbo pada minit ke 20 naum tidak berhasil setelah gameplay yang ditonjolkan oleh Rippo dan Branz berjaya menyelamatkan base mereka.

Kemenangan akhirnya menjadi milik pasukan BTR setelah mereka berjaya meratakan Celiboy, Ahmad dan Udil di minit ke 30 hasil daripada flanking oleh wira tanah air kita Rippo.

PERLAWANAN KETIGA

BTR cemerlang mengawal peta di dalam perlawanan yang terakhir ini, permainan yang ditunjukkan oleh Kyy jelas memberikan asakan yang tidak henti-henti ke atas pasukan Alter Ego.

Beliau bijak menggunakan Ejector tepat pada waktunya untuk membantu rakan sepasukannya mendapatkan kill. Di samping itu, Turtle yang pertama berjaya didapatkan oleh pasukan BTR.

Alter Ego makin lama makin kecundang, ternyata Cecilion yang digunakan oleh Renbo menyekat kemaraan pasukan Alter Ego, Bat Impact yang dikeluarkan oleh beliau terlalu kuat untuk dihadapi Alter Ego. 

Lord mudah diambil oleh Branz pada minit ke 9. Pushing bersama Lord berjaya memberikan kekuatan untuk pasukan terus maju ke dalam base Alter Ego.

Mereka tidak mampu untuk menahan asakan yang diberikan oleh BTR dengan kelebihan gold memihak kepada BTR sebanyak 11 ribu. BTR kemudiannya menang mudah pada minit ke 11.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Teringin buat game sendiri? Memperkenalkan Game Builder Garage dari Nintendo
1 day ago
Kejohanan Maggi Hot Cup kembali, boleh main Wild Rift dengan Fattahzie dan Biu Biu
2 days ago
Pendaftaran VBL International Series 2021 kini dibuka untuk semua
2 days ago
‘Balik awal’ di MPL, Alter Ego kini cari penganalisis dan pembantu jurulatih
2 days ago
Mobile Legends kolaborasi dengan Star Wars?
3 days ago
Siri animasi League of Legends – Arcane bakal tiba suku ketiga tahun ini di Netflix