VYN pulang semula ke Bigetron Alpha, keluar RRQ selepas 4 tahun

Roamer Indonesia, VYN sah menyertai Bigetron Alpha sebagai persiapan untuk musim ke-12 MPL Indonesia (MPL ID).

Ia diumumkan pada Ahad melalui media sosial pasukan itu.

VYN sebelum ini pernah bermain untuk Bigetron Alpha pada 2019 sebelum berhijrah ke RRQ.

Dia menjadi tunjang utama dalam pasukan gergasi Indonesia itu, memenangi tiga kejuaraan MPL ID, menjadi juara di Liga Jemputan MPL 4 Nation Cup (MPLI) pada 2020.

Bukan itu sahaja, dia bersama RRQ berjaya menjadi naib juara di kejohanan dunia M1, naib juara di MSC 2022 dan menduduki tempat ketiga di M2 dan M4.

Bagi pencapaian individu, VYN pernah merangkul Finals MVP MPL ID musim kelima serta Roamer terbaik pada musim kelapan.

Walaubagaimanapun, pada musim ke-11 MPL ID, dia menerima kecaman daripada peminat RRQ yang menganggap bahawa dia tidak bermain seperti dahulu dan sudah sampai masanya RRQ menukar Roamer.

Akhirnya, RRQ mengumumkan bahawa VYN sudah meninggalkan pasukan itu.

Walaupun ada khabar angin menyatakan bahawa dia akan menyertai juara bertahan iaitu ONIC Esports, namun semua berita itu disangkal selepas Bigetron Alpha mengumumkan VYN.

Pengalaman VYN pasti berharga untuk pasukan yang menamatkan musim mereka di tangga kelima dan keenam.

RELATED NEWS

+