Trailer No Straight Roads Terbaru Mempamerkan Mayday & Zeke Bertarung Dengan DJ

No Straight Roads adalah game berbentuk aksi ritma bakal dikeluarkan oleh studio tempatan, Metronomik.

Ini merupakan game pertama di bawah arahan Wan Hazmer yang pernah membangunkan Final Fantasy XV selaku bekas game designer bersama Daim Dziauddin sebagai pelukis konsep Street Fighter V.

Metronomik menampilkan video No Straight Roads terbaru di PAX East 2019. Saksikan sedikit sedutan Mayday dan Zeke berdepan dengan bos DJ Subatomic Supernova menggerakkan pemain piring hitam di bawah:

Dalam game ini, korang akan bermain sebagai kugiran indie berdepan dengan cabaran untuk jatuhkan empayar EDM. No Straight Roads berikan fokus kepada pelbagai jenis muzik dari tema rock ke EDM bergantung kepada bos yang korang bakal berhadapan.

Dari segi gameplay, ia lain daripada yang lain berbanding game ritma agak susah seperti Cytus atau Patapon memaksa pemain untuk hafal setiap rentak. Sebaliknya, irama itu datang dari serangan bos sendiri seperti cara combat ala Devil May Cry dan Nier Automata lalu memberi ruang kepada pemain untuk serang secara semulajadi.

Baca lagi: Malaysian Video Games You Should Play in 2019

No Straight Roads bakal menampilkan banyak lagi bos mengeluarkan irama dan lagu serta kemungkinan mod co-op dijangka keluar pada tahun 2019 di PC dan PS4.

RELATED NEWS

+