Overwatch Boleh Dimainkan Secara Percuma Sepanjang Minggu Black Friday

Sediakan topi koboi korang. Overwatch kini boleh dimainkan secara percuma sepanjang minggu ini.

Sempena jualan Black Friday, Blizzard memberi peluang kepada pemain baru untuk mencuba Overwatch bermula pada 21 November sehingga 28 November.

Korang memerlukan langganan PlayStation Plus bagi PS4; Xbox Live Gold bagi Xbox One dan mempunyai akaun Blizzard bagi PC untuk menikmati game team-based shooter laju ini.

Ashe adalah hero damage terbaru yang menyertai barisan karakter Overwatch. Turut serta, Brigitte (hero support) dan Wrecking Ball (hero tank) tergolong dalam 29 hero yang korang boleh pilih. 

Kesemua 26 maps dan pelbagai mod akan tersedia sepanjang minggu ini dan progress game ini akan dibawa masuk ke dalam game penuh sebaik sahaja korang membeli Overwatch dengan potongan diskaun sebanyak 66%.

Sepanjang tempoh permainan percuma, tiga spray bertemakan Ashe akan diberikan secara percuma kepada mereka yang menonton 2 jam siaran langsung (livestream) Overwatch di Twitch dan telah menyambungkan akaun Twitch bersama akaun Blizzard.

Untuk maklumat lanjut tentang tempoh percuma ini, korang boleh layari laman sesawang Overwatch.

RELATED NEWS

+