Pegawai Belia & Sukan Johor Mahu Mengetengahkan Healthy Gaming Dalam Kalangan Belia Johor
2019-09-28T11:09:31
By: Intan Mawarni

Pegawai Belia & Sukan Johor Mahu Mengetengahkan Healthy Gaming Dalam Kalangan Belia Johor

 

Memang tidak dapat dinafikan e-sukan semakin berkembang dalam negara Malaysia sehingga e-sukan mendapat perhatian di peringkat kebangsaan dalam temasya sukan besar seperti Hari Sukan Negara 2018 dan Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak pada tahun lepas. 

Semasa Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Semester 2 Zon Selatan, kami sempat menemuramah Ketua Unit Atlet dan Sains Sukan, Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), Mohammad Syafiq tentang perkembangan e-sukan di negeri Johor dan kepentingan healthy gaming dalam kalangan belia Johor.

Ketua Unit Atlet dan Sains Sukan, Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), Mohammad Syafiq

Sepanjang pengalaman selama enam tahun melatih kontijen sukan fizikal untuk bersiap sedia ke SUKMA, beliau tidak sangka e-sukan akan jadi begitu besar sehingga ke tahap SUKMA. 

Beliau juga menitikberatkan pendekatan bermain secara sihat atau healthy gaming. Beliau berpendapat pemain profesional e-sukan harus ikut jejak langkah atlet sukan seperti merangka jadual latihan yang seimbang. “Pemain terutamanya pelajar perlulah pandai mengurus masa dengan bijak antara pembelajaran dan e-sukan. Kalau korang betul-betul tekun mahu jadi atlet e-sukan profesional, ini akan membantu korang,” ulas Syafiq.

Pertandingan e-sukan seperti Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus ini membantu anak-anak muda untuk memperkembangkan bakat mereka dalam e-sukan dan berpotensi untuk jadi wakil di tahap kebangsaan.

Walaupun e-sukan cukup terkenal dalam kalangan belia, beliau merasakan ramai bakat-bakat terpendam belia hebat dalam e-sukan masih belum dicungkil kerana persepsi negatif terhadap gaming dan e-sukan masih wujud dalam kalangan masyarakat.

“Kita perlu memberi kesedaran kepada ibu bapa dan orang luar sana bahawa e-sukan adalah suatu perkara yang baik. E-sukan beri pulangan dan manfaat yang baik seperti meningkatkan kecekapan berkomunikasi dan melatih semangat kerjasama antara pemain,” kata Syafiq.

Beliau turut memberitahu MSNJ akan sentiasa menyokong komuniti e-sukan di Johor dan berharap lebih ramai pemain akan tonjolkan bakat untuk mewakili negeri Johor di SUKMA yang akan berlangsung di Johor pada tahun 2020.

Selain Syafiq, Sembang Gamers juga menjemput streamer Facebook tempatan, Rose Gaming dan Naib Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Johor (JDT EA) & Ahli Jawatankuasa Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM), Muhammad Nur Sadiqin untuk membincangkan landskap komuniti e-sukan di negara Johor. Saksikan di bawah:

Celcom XPAXKEK Semester 2 akan menuju ke Zon Tengah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam membawakan 2 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000. Jumpa korang di sana pada 5 & 6 Oktober 2019!

Kempen #HealthyGaming adalah initiatif yang dilaksanakan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan produktif bagi menjana pembangunan e-sukan dan industri permainan digital negara.

Celcom XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

Untuk mengikuti perjalanan Celcom XPAXKEK sepanjang lima zon, ikuti FacebookTwitter dan Instagram MyGameOn serta saksikan dan saksikanlah siaran langsung di Facebook MyGameOn dan YouTube TV3 Malaysia

TAGS

BERITA BERKAITAN

4 days ago
Marvel Games Menjawab Persoalan Rekaan Burung Matahari Dalam Marvel Future Fight
5 days ago
Sony Interactive Entertainment Bakal Buka Studio Khas PlayStation Di Malaysia
6 days ago
[RASMI] Boyka Menjadi Jurulatih Bagi Skuad PUBGM Indonesia, Bigetron Esports
6 days ago
Larian Studios Bakal Membuka Studio Baru Di Malaysia, Fokus Untuk Baldur’s Gate 3
1 week ago
DOTA2: “MidOne Keluar Atas Pilihannya Sendiri,” Pengurus, Gary Yeik
1 week ago
Red Dead Redemption 2 Di PC Telah Dilancarkan Tapi Ramai Tak Boleh Main