PMCO: iSh0tz Adalah Pemain Baru Yoodo Gank, Bersedia Hadapi Fall Split

Pasukan profesional PUBG Mobile, Yoodo Gank mengumumkan kemasukan pemain baru, Raymond Tan Boon Sheng atau lebih dikenali sebagai iSh0tz bagi menghadapi liga PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Luruh (Fall Split) yang dijangka akan berlangsung di Thailand pada September ini.

“Saya menyertai pasukan ini selepas diajak oleh ManParang kerana sebelum ini kami kerap main PUBG Mobile bersama.

“Bagi saya, ini permulaan baru yang baik. Walaupun ada rasa sedikit tertekan kerana perlu usaha lebih dalam pasukan yang sudah ke PMCO SEA ini, saya anggap ia satu cabaran.

“ManParang banyak bagi saya eksperimen dengan gaya permainan berbeza jadi saya rasa lebih yakin dengan keupayaan sendiri,” kata Raymond.

Line up penuh bagi Yoodo Gank ialah:

  • Yoodo ManParang
  • Yoodo Geek
  • Yoodo Draxx
  • Yoodo Jimboy
  • Yoodo iSh0tz

Tuck Mun (tiga dari kiri) bersama CEO Gank, Kevin Wong (paling kanan), iShotz (paling kiri) dan ahli skuad Yoodo Gank

Pengumuman itu dibuat sejurus selesai sidang media bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yoodo, Chow Tuck Mun di Pusat Konvensyen Quill City, Kuala Lumpur semalam.

Ketika sesi itu berlangsung, Tuck Mun juga berkata Yoodo akan melanjutkan lagi promosi percuma bagi data tambahan PUBG Mobile yang memberikan pengguna 20GB data hingga Disember ini. 

“Ini bermakna pemain game boleh menikmati pengalaman bermain PUBG Mobile dalam rangkaian 4G terbesar di Malaysia tanpa perlu risaukan caj tambahan dikenakan,” katanya.

Yoodo adalah syarikat telekomunikasi pertama yang menaja pasukan profesional PUBG Mobile iaitu Yoodo Gank.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+