PMCO: ‘Kami Nak Berterima Kasih Kepada Peminat Selama Ini Memberi Sokongan’ – BiuBiu

Sebentar tadi, kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) SEA Grand Finals baru saja melabuhkan tirainya dan yang paling mengejutkan apabila skuad Malaysia, Team Secret berjaya merebut tempat keempat dan layak ke Global Finals! (syarat untuk ke Berlin, Jerman bagi Global Finals ialah top 4).

Walaupun begitu, langit tak selalu cerah. Pada perlawanan akhir, terdapat isu apabila skuad Vietnam, X Team mendarat di lokasi sama Secret mendarat iaitu Ferry Pier dan dan Primorsk.

X Team ingin melenyapkan Secret lebih awal bagi memberi laluan kepada BOX Gaming yang juga dari Vietnam untuk mara ke Global Finals (BOX hanya 5 mata di belakang Team Secret dalam total ranking ketika itu).

Bagaimanapun, SinB berjaya untuk alih perhatian ahli X Team yang lain untuk mengejarnya.

“Kami kemudian mencari compound untuk berlindung selama mungkin,” kata BiuBiu, kapten Team Secret. Ketika itu, BOX Gaming sangat bernasib baik kerana bulatan menutupi ke arah mereka.

Tapi dengan kemaraan WAW dan juga BTR ke compound mereka, BOX akhirnya dijatuhkan dan Secret AleXer berjaya mendapatkan placing lebih tinggi untuk Secret.

“Terima kasih kepada semua peminat yang memberi sokongan kami. Walaupun kami berdepan jatuh bangun tapi terima kasih kerana terus memberi kepercayaan kepada kami.

“Kami akan buat yang lebih baik di Jerman nanti,” katanya.

Kejohanan SEA Grand Finals di Jakarta, Indonesia ini mempertandingkan wang tunai terkumpul RM435,000 dan akan menentukan 4 pasukan teratas yang akan layak berentap di Grand Final diadakan di Berlin, Jerman kelak. Ketika itu mereka akan bertemu wakil dari Amerika Utara, Eropah, India dan lain-lain!

RRQ dan Purple Mood Esports dari Thailand masing-masing peroleh gelaran juara dan ketiga. Mereka bawa pulang USD30,000 dan USD12,000. Skuad tuan rumah, Bigetron ID pula di tempat kedua dengan wang tunai USD20,000! Team Secret pula bawa pulang USD10,000 dalam kejohanan SEA Grand Finals itu.

Mereka sebelum itu menyertai Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

Gambar featured image: VSPN

RELATED NEWS

+