PMCO: Team Secret Mengganas, Hadiahkan Malaysia Chicken Dinner Ke-10!

Dalam perlawanan begitu sengit liga Asia Tenggara PMCO yang berlangsung selama lima minggu, akhirnya Team Secret menunjukkan Malaysia bukanlah calang-calang walau sudah masuk minggu keempat — mereka mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) ke-10 dalam kejohanan ini!

Pada bulatan terakhir, mereka terlebih dahulu menjatuhkan dua ahli BOX yang menyorok di belakang kereta, meninggalkan satu-satunya pemain terakhir mereka. Kemudian, X Zico ketinggalan keseorangan dan ahli BOX yang terakhir, Louis pula mati ditembak apabila dia baru saja turun dari kenderaan dipandu untuk mencari kedudukan TS. Zico yang tidak berupaya juga ditewaskan off camera.

Dengan kemenangan itu, mereka berjaya memperoleh keseluruhan 38 mata (30 placing dan 8 untuk jumlah pembunuhan). Tahniah!

Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

Liputan ini dibawakan khas oleh:

RELATED NEWS

+