Hero tak meta banyak dimainkan pada minggu keempat MPL MY S11

Pada minggu keempat MPL MY Musim ke-11, banyak pasukan membawa masuk hero-hero yang jarang digunakan di pentas kompetitif ke Land of Dawn.

Semuanya bermula semasa perlawanan di antara Todak menentang Madness Esports iaitu Floryn dan Minotaur digunakan oleh Todak.

Draft itu gagal membawa kemenangan kerana Madness Esports counter draft dengan memilih Estes yang boleh heal lebih laju daripada Floryn.

Menurut jurulatih Todak, Behave berpendapat pemilihan hero itu kerana mereka berjaya memenangi perlawanan ini semasa scrim (latihan).

@mygameondotmy Penjelasan coach Behave, kenapa @Todak.gaming draftkan Floryn dan Minotaur di game 1 #mpl #mplmy #mplmys11 #revoluxi #inigayakita #todak #todaklanggar #fyp #kakigaming ♬ Ramadhan Tiba – FADLI AZ

Pada perlawanan ketiga di dalam siri itu, Madness menggunakan Floryn dan turut gagal menewaskan Todak dan siri itu berakhir dengan keputusan 2-1.

Di dalam siri yang sama, Todak turut membawa hero Marksman yang jarang digunakan seperti Irithel dan Lesley.

Pemilihan hero itu menyumbang kepada kemenangan Todak pada siri itu.

Selepas kemenangan itu, seorang peminat menanyakan soalan jika Ciku akan bermain Layla atau Miya untuk perlawanan menentang Team Secret.

Pada perlawanan menentang Team Secret, Ciku memilih Layla dan menunjukkan persembahan yang baik dengan KDA 5/0/5.

 

@mygameondotmy @TDK.Ciku kotakan janji dia dengan keluarkan Layla 🫡 tunggu Ciku mainkan Miya je ni #mpl #mplmy #mplmys11 #inigayakita #revoluxi #fyp #kakigaming ♬ GATÚBELA – KAROL G & Maldy

Todak berjaya mengutip tiga mata dan menewaskan Team Secret dengan skor 2-0.

Akhir sekali, Yoodo Red Giants Esports membawa masuk Khaleed sebagai Roamer namun tidak memberikan impak yang besar kepada pasukan mereka lalu tewas di tangan Team Lunatix.

Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum liga tamat. Adakah akan ada pasukan yang membawa hero tak meta ke MPL MY?

RELATED NEWS

+