PMCO: ViP Akhirnya Peroleh Chicken Dinner, Keenam Buat Malaysia

Selepas menantikan hampir tiga minggu, akhirnya skuad Malaysia, Victorious In Play (ViP) berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner pertama mereka! Syabas ViP!

Mereka bertanding pada perlawanan pertama untuk hari keempat belas Liga Asia Tenggara PMCO yang berlangsung selama lima minggu di Shanghai, China sejak awal Mei lalu. 

Sumber gambar: Youtube PMCO

Dalam bulatan terakhir yang menyaksikan ViP bertembung dengan RRQ, VICTIM dan iDx, kesilapan dilakukan oleh iDx yang nampaknya seperti terdesak menaiki kereta dan pergi direct ke lokasi ViP tanpa mengetahui apa yang bakal menanti mereka! Ditembak bertubi-tubi, mereka dijatuhkan meninggalkan hanya VICTIM dan RRQ.

Playzone semakin menghampiri dan RRQ hanya tinggal seorang apabila Senior dilenyapkan oleh Hyqul. Kemudian, D2E pula seolah membantu VIP menjatuhkan VICTIM yang terkepung dengan tembakan rambang dari VIP dan RRQ pula di bawah lindungan asap.

Selepas VICTIM dijatuhkan dari dua arah, hanya tinggal D2E yang menggunakan bom asap sebagai perlindungan dan prone. Tapi dia dijumpai oleh Hyqul dan ditembak hingga mati lalu memberikan kemenangan segera kepada VIP.

Mereka berjaya mengumpulkan 41 mata (30 untuk placing nombor 1) dan 11 lagi untuk jumlah pembunuhan. Setakat ini, Malaysia mempunyai sebanyak 6 WWCD.

RELATED NEWS

+