Yoodo Gank sekali lagi membawa kemenangan – Winner-Winner Chicken Dinner kesembilan untuk Malaysia dalam perlawanan yang begitu sengit pada minggu ke-4 liga Asia Tenggara PMCO di mana mereka berjaya melenyapkan skuad kegemaran, RRQ pada bulatan terakhir."> Yoodo Gank sekali lagi membawa kemenangan – Winner-Winner Chicken Dinner kesembilan untuk Malaysia dalam perlawanan yang begitu sengit pada minggu ke-4 liga Asia Tenggara PMCO di mana mereka berjaya melenyapkan skuad kegemaran, RRQ pada bulatan terakhir." /> Yoodo Gank sekali lagi membawa kemenangan – Winner-Winner Chicken Dinner kesembilan untuk Malaysia dalam perlawanan yang begitu sengit pada minggu ke-4 liga Asia Tenggara PMCO di mana mereka berjaya melenyapkan skuad kegemaran, RRQ pada bulatan terakhir." />

PMCO: Yoodo Gank Sekali Lagi Winner-Winner Chicken Dinner

Yoodo Gank sekali lagi membawa kemenangan – Winner-Winner Chicken Dinner kesembilan untuk Malaysia dalam perlawanan yang begitu sengit pada minggu ke-4 liga Asia Tenggara PMCO di mana mereka berjaya melenyapkan skuad kegemaran, RRQ pada bulatan terakhir.

Pada waktu cemas itu, Gank cuba menghantar Draxx bagi melenyapkan satu-satunya ahli RRQ iaitu D2E. Tapi usaha itu gagal apabila Draxx dijatuhkan terlebih dahulu namun dua lagi ahli Gank terus follow up dan menumpaskan RRQ lalu mendapatkan WWCD.

Dengan kemenangan itu, mereka berjaya mengumpul sebanyak 30 mata untuk placing nombor satu dan 9 jumlah pembunuhan.

Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

Di bawakan khas oleh

RELATED NEWS

+