PMPL: Team No Recoil buktikan sumpahan Showmatch hanya dongeng

Selepas memenangi Showmatch pada hari ini, Team No Recoil (TNR) telah mendapat Chicken Dinner pertama mereka di kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile atau PMPL MY/SG Musim 2.

Mereka memperoleh kemenangan tersebut dalam perlawanan kedua pada Minggu 1 Hari 2 selepas menewaskan Geek Fam pada waktu terakhir. TNR kini menduduki tempat keempat dengan 47 markah keseluruhan.

Gaya permainan bekas pemain-pemain Team Secret yang kini bermain untuk TNR iaitu Stewart9k dan SinB masih menunjukkan tahap kemahiran yang sangat tinggi.

Yoodo Gank masih berada di tempat pertama dengan 99 markah keseluruhan. MARLINO, juara perlawanan pertama hari ini, kini menduduki tempat ketujuh dengan 46 markah keseluruhan.

Jom kita tengok siapa pulak akan memenangi perlawanan ketiga!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+