PMPL: TARA Assasino mencuri kemenangan kedua MARLINO

Pasukan TARA Assasino telah muncul sebagai pemenang perlawanan ketiga hari ini di kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile atau PMPL MY/SG Musim 2.

Mereka mencapai kemenangan tersebut selepas menewaskan MARLINO yang merupakan pasukan yang telah memenangi perlawanan pertama pada Minggu 1 Hari 2.

Tara Assassino menunjukkan permainan yang sangat baik dalam perlawanan ini. Mereka mendapatkan 17 pembunuhan dan kini menduduki tempat ketujuh dengan 50 markah keseluruhan, seri dengan Team No Recoil (juara perlawanan kedua hari ini).

Walaubagaimanapun, Yoodo Gank tetap menduduki tempat pertama dengan 105 markah keseluruhan. Mereka masih belum memperoleh Chicken Dinner pada hari ini tetapi perkara tersebut mungkin berubah dalam perlawanan terakhir hari ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+