PMPL: MARLINO bawa pulang Chicken Dinner pertama

Perlawanan pertama untuk Minggu 1 Hari 2 di kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile atau PMPL MY/SG Musim 2 dimenangi oleh pasukan MARLINO.

Pasukan tersebut mengalahkan Yoodo Gank pada saat terakhir dan kini menduduki tempat kelima dengan 45 markah keseluruhan. Yoodo Gank masih kekal di tempat pertama dengan 95 markah keseluruhan.

Satu kelebihan yang ada pada MARLINO pada waktu terakhir ialah Yoodo Gank hanya tinggal dua ahli pasukan berbanding tiga ahli pasukan MARLINO. Selain itu, Yoodo Gank juga terpaksa berlawan dengan pasukan ketiga terakhir iaitu Damansara Esports.

Perlawanan ini terpaksa diulang dua kali akibat masalah sambungan talian tetapi ini merupakan perkara biasa apabila mengadakan kejohanan dalam talian pada waktu pandemik.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+