PMWL: Yoodo Gank perlu konsisten hari ini untuk mara ke Super Weekend terakhir
2020-07-29T03:47:23
By: Hazril Md Nor

PMWL: Yoodo Gank perlu konsisten hari ini untuk mara ke Super Weekend terakhir

 

Pasukan PUBG Mobile negara, Yoodo Gank perlu meningkatkan lagi mutu permainan mereka hari ini bagi melayakkan diri ke. Super Weekend terakhir bagi Liga Dunia (PMWL Timur). Difahamkan, prestasi mereka pada hari pertama League Play adalah kurang memuaskan.

Barisan pemain yang terdiri daripada Fredo, Man Parang, Draxx dan Jumper itu dilihat sedikit goyah pada minggu terakhir ini apabila gagal meraih lebih dari 5 mata bunuh dalam setiap perlawanan.

Dalam keseluruhan empat peta dimainkan semalam, mereka hanya mengumpul keseluruhan 5 mata bunuh. Bagi placing pula, mereka raih tempat keenam, kelima, kelimbelas dan kesepuluh mengikut peta dimainkan.

Dalam perkembangan lain, pasukan Indoensia, BTR RA juga mengalami kesukaran yang sama apabila mencatatkan kedudukan ke-19 semalam. 

Hari ini adalah penentuan Yoodo Gank untuk konsisten dan mendapatkan sebanyak mungkin mata bunuh. Oleh itu, meskipun tidak mendapat Winner Winner Chicken Dinner pun tidak mengapa selagi mereka mengejar placing yang baik dengan jumlah kills yang banyak.

Bagi Team Secret pula, mereka masih di kedudukan agak selesa dengan tangga ke-13,  mengumpulkan 28 mata. 

Secara keseluruhan, Team Secret di tangga ketujuh dan Yoodo Gank pula di kedudukan ke-15 kerana gagal ke Super Weekend minggu lalu.

PMWL Timur akan bermula malam ini untuk League Play terakhir bagi kelayakan Super Weekend 3. Saksikan debaran perlawanan ini di Facebook dan Youtube PUBG Mobile Malaysia.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Razer melancarkan DeathAdder V2, BlackShark V2, dan BlackWidow V3 versi nirwayar
3 days ago
Di sebalik seorang Fall Guy.. bagaimana anatomi sebenar mereka?
3 days ago
Macam mana nak menipu dalam Among Us? Shroud ada caranya
3 days ago
The Game Awards 2020 akan diadakan pada 10 Disember
3 days ago
PMPL: Tonton Grand Finals dan anda berpeluang menang Perodua Myvi!
4 days ago
Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid 2 mungkin akan dilancarkan semula di PC