Siri Prince of Persia Akan Kembali Tetapi…

Kalau anda pernah memiliki sebuah PlayStation 2 (PS2), anda semestinya pernah main trilogi Prince of Persia yang dibangunkan oleh Ubisoft.

Di sini terdapat berita baik dan juga berita buruk.

Berita baiknya, Ubisoft telah mengumumkan sebuah permainan baru untuk siri tersebut yang berjudul Prince of Persia: The Dagger of Time.

Berita buruknya, ia merupakan sebuah permainan VR yang dibuat untuk pengalaman escape room.

Seperti banyak permainan escape room lain, pemain perlu menyelesaikan puzzle dalam tempoh masa yang tertentu untuk membebaskan diri daripada sebuah bilik atau situasi yang membahayakan.

Salah satu ciri utama siri Prince of Persia ialah ia membolehkan pemain untuk menggunakan kuasa manipulasi masa dan The Dagger of Time juga mempunyai ciri permainan yang sama.

Permainan The Dagger of Time dijangka dibuka di 300 cawangan di seluruh dunia.

Sumber: Siliconera

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+