ZxuaN berhenti main Mobile Legends, jalani latihan khidmat negara di Singapura
2020-08-17T08:27:00
By: Hazril Md Nor

ZxuaN berhenti main Mobile Legends, jalani latihan khidmat negara di Singapura

 

Satu berita agak menyedihkan untuk rakyat Singapura apabila pemain Mobile Legends popular, Du “Zxuan” Zhen Xiong mengumumkan tidak akan berada di pentas kompetitif kerana perlu menjalani Latihan Khidmat Negara wajib ataupun (national service) di negara asalnya selama dua tahun.

Dalam satu video di Youtube berdurasi 11 minit, pemain yang juga terkenal di Indonesia itu berkongsi pengalaman karier dari tahun 2017 dan menyatakan sebab-sebab ingin bersara.

Keputusan beliau untuk berhenti ini mengundang simpati dan rasa sedih peminatnya yang sudah mengikut perjalanan sejak dulu dan menerima ratusan komen ditulis di ruangan komen video tersebut.

Bagi yang tidak mengenalinya, Zxuan dikenali di Indonesia kerana kehebatannya bermain Fanny. Ketika itu, Fanny dianggap sebagai hero yang paling sukar untuk dikuasai dan kemahirannya bermain hero tersebut membantu banyak pemain amatur di Indonesia.

Buat perancangan akan datang, Zxuan umum mungkin akan kembali sebagai streamer atau pemain profesional selepas tamat tempoh latihan khidmat negara tersebut.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Foto: Esports ID

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Razer melancarkan DeathAdder V2, BlackShark V2, dan BlackWidow V3 versi nirwayar
3 days ago
Permainan BTS Universe Story kini telah tiba untuk Android dan iOS
3 days ago
Macam mana nak menipu dalam Among Us? Shroud ada caranya
3 days ago
The Game Awards 2020 akan diadakan pada 10 Disember
3 days ago
PMPL: Tonton Grand Finals dan anda berpeluang menang Perodua Myvi!
4 days ago
Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid 2 mungkin akan dilancarkan semula di PC