Super Mario Land 2 Menerima Remake Terbaru – Tambahan Warna, Sifar Lag

Masa zaman Game Boy dulu sekitar 1992, Super Mario Land 2: 6 Golden Coins diperkenalkan. Bagi peminat Mario semua, game ni sangat klasik dan dinikmati semua orang. 

Tapi walaupun di zaman moden ni, masih ada cara untuk main game klasik itu. Salah seorang pencipta ROM, Toruzz berkongi caranya. Hasilnya, ia nampak berwarna-warni dan boleh dimainkan dengan lancar.

Ia digodam dan dilancarkan pada Hari Natal (25 Disember), jadi ia secara tak langsung menjadi berita baik kepada peminat siri ini. Lihat gameplaynya dalam video di bawah.

Super Mario Land 2: 6 Golden Coins mula dilancarkan di Nintendo 3DS dan PlayStation dan masih dikenang sebagai game klasik yang disukai ramai. Korang boleh dapatkan game itu di sini (ROMHacking).

Penciptanya juga pernah hasilkan remake lain seperti Legend of Zelda: Link’s Awakening DX dan penterjemahan untuk Zelda no Densetus: Yume o Miru Shima DX.

RELATED NEWS

+