Hori Inc umum aksesori Switch sempena Pokemon Legends: Arceus

Menjelang pelancaran Pokemon Legends: Arceus pada 28 Januari ini, Hori Inc mengumumkan beberapa aksesori Nintendo Switch bertemakan permainan itu.

Antara aksesori yang dilancarkan ialah Arceus Vault Case, Arceus Adventure Pack dan Arceus Split Pad Pro. Aksesori ini sudah disenaraikan di laman rasmi Hori USA Inc. dan sudah boleh dipra-tempah di Amazon.  

Dengan pelancaran aksesori Pokemon Legends: Arceus, nampaknya pihak Nintendo dan Pokemon Company mula mengalih perhatian peminat francais itu selepas pelancaran Pokemon Brilliant Diamond and Shining Pearl beberapa hari lalu. 

Pokemon Legends: Arceus akan dilancarkan secara rasmi di Nintendo Switch pada 28 Januari ini dan akan menjadi permainan utama konsol itu bagi 2022. 

Sumber: ComicBook.

RELATED NEWS

+