Batman Hadir Ke Garena AOV – Percuma Pada 10 November Ini!

Bermula 10 November ini (dah dekat tu!), pemain bagi permainan mudah alih Garena Arena of Valor boleh mendapatkan hero Batman secara percuma! Tanpa perlu bayaran satu sen pun.

Dark Knight itu sedia dimainkan apabila pemain mengakses ataupun login dalam permainan itu pada tarikh di atas. 

Pembangun permainan mudah alih itu, Tencent berkolaborasi bersama DC Comics untuk menghasilkan karakter ikonik yang boleh dimainkan selain 36 hero sedia ada.

DAPATKANNYA secara percuma pada 10 November ini. FOTO: Garena

Batman dikatakan akan menjadi tarikan buat pemain kerana damage yang tinggi dan kebolehannya untuk masuk dan keluar dari pertarungan dengan mudah. 

Assassin itu mampu mengenakan damage melalui kombinasi kuasa yang pastinya menarik minat high skilled player yang gemarkan strategi dan manipulasi medan pertarungan.

Permainan mudah alih ini boleh dimainkan secara percuma di App Store dan Google Play Store.

iOS: klik sini 

Android : klik sini 

RELATED NEWS

+