Kejohanan Moh Skor (Mobile Legends), Menangi Hadiah Wang Tunai RM10,000 Dan Diamonds!

Bosan dah asyik main Mobile Legends di rumah dan ingin cuba kehebatan cuba nasib dalam pertandingan dengan kawan-kawan lain? Janganlah risau, sertailah kejohanan Moh Skor yang mengumpulkan hadiah wang tunai RM50,000! Untuk Mobile Legends, sebanyak RM10,000 boleh dirembat!

Acara ini juga hasil kolaborasi MyGameOn bersama Asia Comic Con dan Moonton dalam usaha mencari bakat baru dalam komuniti Mobile Legends negara. Sudah tentunya korang boleh expect in-game items seperti Diamonds, Double BP Cards dan Double Experience Cards. Macam mana nak dapat? Korang kena lah main bersungguh-sungguh untuk dapat Top 16! 

Dah bercerita pasal hadiah, dekat mana nak register ni? Jangan risau, boleh daftar dekat SINI. Klik jangan tak klik! 

Hanya 2 terbaik dari setiap pusingan kelayakan yang dapat menempah slot ke pusingan Grand Final pada 14 Julai ini di Asia Comic Con di Sunway Pyramid Convention Centre. Hah inilah masanya! Selain dapat main Mobile Legends dan rebut wang tunai, korang juga boleh jumpa artis luar negara dan nikmati pengalaman menarik di festival ini!

RELATED NEWS

+